Simpati kerana tempang

Posted on

Rembau: “Anak anjing ini saya tak bela, tapi saya beri makan sebab simpati kerana masih kecil, ditambah pula ketika itu kaki depannya tempang,” kata pekerja swasta Rozmal Malaka, 52.

Menurutnya, anjing itu diberi makan sejak setahun lalu selepas ditemui berada di anjung rumahnya.

“Pada mulanya, saya sangka anak kucing namun apabila diperhatikan baru sedar ia anjing berusia tiga bulan.

“Saya cuba halau tapi haiwan itu kembali ke rumah. Saya hubungi persatuan haiwan untuk memaklumkan perkara itu.

“Disebabkan persatuan tidak dapat ambil haiwan ini, saya simpati, ditambah pula keadaannya semakin kurus akibat tidak cukup makan.

“Sejak itu saya sering meberi ia makan selain menjaga batas termasuk tidak pernah menyentuhnya,” katanya.

Rozmal berkata, sejak anjing betina itu berada di Kampung Bongek, di sini, haiwan itu sentiasa menyalak apabila melihat kenderaan bergerak perlahan atau tidak pernah kelihatan di kawasan itu.

“Ini secara tidak langsung menjaga keselamatan penduduk kerana setiap kali anjing itu menyalak, pasti ada sesuatu ingin disampaikan.

“Kini anjing itu berusia lebih setahun dan tidak pernah membuang najis merata-rata, sebaliknya menjadikan belukar berhampiran sebagai tempat tidurnya.

“Apabila anjing ini semakin dewasa saya biarkan dia cari makanan sendiri,” katanya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *