Siapa Yang Lebih Lama

Posted on

Siapa Yang Lebih Lama?

Assalamualaikum semua..

Cerita yang aku nak luahkan selama 6 bulan aku berada kat sini mungkin sedikit muhasabah untuk diri aku sendiri.

Aku bermula sebagai seorang kaki tangan biasa yang bekerja di sebuah shopping mall, tapi hari demi hari banyak yang aku pelajari daripada orang atasan aku. Dimarahi tu perkara biasa, dah nama pun nak belajar kan? Aku berpindah daripada sebuah mall ke sebuah mall atas permintaan HQ untuk opening new store. Seronok weh, berkenalan dengan orang baru jumpa dengan macam-macam orang dan dah ada yang bekerja 30 tahun pun ada! Banyak pengalaman dia kita boleh ambil.

Sehinggalah aku ditawarkan sebagai seorang manager (dalam 5 tahun aku bekerja), memang anak jagung lah tak matang pun lagi dan tak banyak benda lagi aku tahu. Tapi rezeki Allah dah bagi jangan ditolak. Tak tahu boleh belajar lagi kan?

Aku pun berpindah lagi skali ke store no 4 dalam 5 tahun aku bekerja. Lagi sekali kena adapt new environment, kawan-kawan dan orang sekeliling tapi kali ni berbeza. Sebab aku dah memikul tanggungjawab yang besar. Dibawah aku ada 2 orang executive dan selebihnya 40 orang staff. Besarkan team aku? Kerenah setiap orang tu hanya Allah yang tahu.

Orang cakap, kalau kapal ada 2 nakhoda memang tenggelam lah anak-anak kapal. Disebabkan latar belakang aku yang masih setahun jagung, amatlah sukar untuk senior-senior staff menerima arahan aku dan cuba untuk berubah. Kedua2 executive dia bawah aku ni dah bekerja lama daripada aku. Yang sorang dah 25 tahun bekerja dalam bidang yang sama, yang sorang lagi almost 15 tahun ada kot. So aku namakan yg 25tahun berkeja as Hawa (bukan nama sebenar) dan yg 15 tahun as Kety (bukan nama sebenar). Aku respectlah, banyak benda aku boleh belajar dan of courselah Hawa & Kety tu lagi tua daripada aku.

Aku memang gemar bergaul dengan semua orang dan ambil cerita2 diorg supaya jadi iktibar untuk aku. Muhasabah diri jugak, jangan jadi manager yang macam ni macam tu. Ingat, orang bawahan tengok apa orang atasan buat. Kalau aku kaki mengular, staff takkan respect. Kalau aku bagi arahan tapi aku sendiri tak buat, staff takkan patuh, kalau aku pergi kerja hari-hari lambat dan selalu bagi alasan, staff akan buat juga benda ya g sama. Nak staff follow? Aku kene jadi contoh.

Antara Hawa dan Kety, Kety sangat lemah lembut dah sangat bertolak ansur. Tapi si Hawa ni garang tapi manis mulut. Kety jenis menurut arahan aku dan perform, tapi si Hawa? Memang kuat bagi alasan tp kalau aku dah marah baru dia nak buat.

So cerita aku kat sini adalah cabaran aku handle si Hawa.

Setiap arahan yang aku bagi, mesti kena tentang habis2 oleh Hawa. Sedangkan company dah bg guideline dan sop untuk kita follow. Iyelah dah kerja lama 25 tahun suka lah buat short cut. Tak kena lagi akibatnya takpe, tapi kalau dah terkena memang merana.. . Kerja aku banyak berkenaan dengan duit. So SOP sangat banyak dan prosedur sangat ketat, bukan senang nak dapat orang yang amanah nak pegang duit banyak2.

Jadi, Hawa mungkin bengang dengan aku sebab banyak short cut yg aku haramkan kat sini. Tapi biasalah ayat dia, selama sy berkerja 25 tahun, perkara macam ni tak pernah terjadi. Memang itu ayat dia setiap kali kalau aku tegur kesilapan dia. Lama-lama bosan jugak. Aku tanya A kat si Hawa, sure dia jawab meleret sampai Z. Sampaikan cerita bergaduh dengan husband pun nak cerita dengan aku. Tapi aku bila dah buat muka muak tak paham2. Aku rasa tadi macam tanya benda lain, apasal dia jawab pasal husband dia plak. Dalam hati aku, nak tegur karang sentap pulak.. pendek cerita dia pandai kona cerita sampai org lupa.

Si Hawa sangat berbeza dgn Kety. Hawa memang selalu datang lewat dan bg aku beribu alasan dan selalu amik half day tanpa perancangan. Kedatangan? Berapa kali isi borang manual. Hawa as executive yg dah 25 tahun tp attitude macam staff baru 3 bulan bekerja. Tapi pengalaman dia memang luas, aku suka belajar benda2 baru dengan dia.

Nak dijadikan cerita, Staff selalunya akan direct kpd aku, dan akulah yg bagi keputusan. Iyelah dah nama pun manager, apa2 pun atas approval aku kan? Tapi, bila Hawa bengang keputusan aku x sama dgn dia, dia bg trademark baru kat staff2.. Hawa ke or Cik Hamba Allah tu kerja lama?? Sambil nada tengking2 staff.

Ya Allah, sentapnya aku. Dia menidakkan aku as orang atasan dia rupanya sebab aku orang baru? Macam mana perasaan korang ek bila kau beriya2 nak jadikan satu team yg besar supaya tak berpuak2, tp rupanya dalang semua ni adalah orang kepercayaan kau? Kalau aku org baru, maka aku tak layak dihormati ke? Kalau aku org baru, aku tak boleh buat keputusan ke? Aku tak tahu macam mana aku nak buat dengan Hawa ni, nak ambil hati dia pastu dia yg pijak kepala aku. Tipu aku bukan sekali dua. Cakap dgn staff lain, tp sampaikan dekat aku lain.

Entahlah. Aku tak pernah jumpa confessor drpd seorg ketua, tp aku betul2 perlukan nasihat. Sedih rasanya. Ingat, jangan selalu rasa yg org atasan tak fikir perasaan org bawahan tau. Sebenarnya org atasan lah org paling tersepit sekali. Antara company, SOP dan staff. Kalau kau berkeras dgn staff, staff akan mogok. Kalau kau tak ikut company, kau akan kene penalty. Cabaran untuk ubah mindset staff untuk berfikiran terbuka bukan senang.. apatah lagi yang dah jadi senior. Nak jadi ketua yg penting kena adil dan tak boleh pilih kasih. Susah tau.. Sorrylah post panjang2.. tp aku betul2 perlukan nasihat.. sebab aku bukan seorang yang sempurna dan aku sentiasa nak belajar menjadi yang sempurna..

-Hamba Allah

Hamba Allah

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *