Shahir AF Umum Perkahwinan Dengan Erra Fazira

Posted on

Penyanyi yang juga juara Akademi Fantasia, Shahir Zawawi kini terpalit dengan isu seorang pramugari bernama Mona Syamimi.

Kisah bermula apabila gambar mereka berdua tersebar di laman media sosial. Shahir kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa hubungan mereka adalah atas dasar artis dan peminat sahaja.

Kemudian, Mona Syamimi menafikan dakwaan itu dengan mengatakan dia bukannya peminat Shahir malah telah berkenalan melalui laamn IG.

Akhirnya satu pengumuman telah dibuat oleh Shahir setelah isu ini menajdi semakin hangat.

Shahir akhirnya mengesahakn bakal menyunting kekasih hati, Erra Fazira, sebagai isteri selewat-lewatnya awal tahun depan, 2018.

Penyanyi ini menegaskan bahawa hanya Erra  Fazira sahaja yang kini bertakhta di hatinya, tiada wanita lain.

Ini pengumuman khas dari Shahir Zawawi tentang ingin berkahwin dengan Erra Fazira:

“Selama lebih tiga tahun menjalinkan hubungan istimewa dengan Erra, saya berani katakan, hanya dia yang bertakhta di hati. Tiada wanita lain selain dirinya.

“Saya juga berhasrat ingin memperisterikannya, awal tahun depan. Kenyataan ini juga dikeluarkan bukan bermaksud saya cuba mengalih kontroversi yang melanda sekarang.

“Saya perlu memberikan justifikasi kepada perhubungan kami. Harapan saya, tiada orang lain yang akan mengganggu-gugat hubungan kami,”

Apabila ditanya tentang kenyataan balas dari pihak Mona Syamimi yang mengatakan mereka seperti bercinta dan bukannya peminat Shahir, penyanyi ini memberitahu Mona akan membuat kenyataan terbaru.

Shahir berkata dia menunggu kenyataan daripada Mona Syamimi bagi membersihkan namanya kerana pramugari ini telah menggambarkan dirinya cuba berlaku curang dan mempermainkan perasaan Erra Fazira.

Ini penjelasan Shahir:

“Nampak ada percanggahan kenyataan antara saya dengan Mona. Saya diberitahu, wujud salah faham terhadap kenyataan yang diberikannya.

“Mona berjanji akan memberikan kenyataan baharu, sekali gus membersihkan nama saya. Saya kini hanya menunggu dan lihat,”

Itulah kenyataan terbaru dari Shahir tentan isu ini. Akhirnya ada juga mengakuan dari Shahir tentang hubungannya dengan Erra Fazira.

Semoga hasrat dan perancangan Shahir Zawawi untuk berkahwin dengan Erra fazira berjalan dengan lancar.

Shahir Zawawi kini sibuk melakukan persediaan menghadapi pentas final Akademi Fantasia Mega Star yang akan berlangsung pada Ahad ini.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *