Setiausaha Negara Amerika Bertemu Perdana Menteri Malaysia

Posted on

Tillerson merupakan pegawai kanan pertama dalam pentadbiran Trump yang melawat Malaysia.

Sejurus selepas mendarat di Pangkalan Tentera Udara di Subang dekat sini, Tillerson berlepas ke bangunan Parlimen untuk mengadakan pertemuan dengan Najib.

Ini adalah lawatan sulung Tillerson ke Malaysia sejak pelantikannya sebagai Setiausaha Negara pada 1 Feb lepas.

“Lawatan ini akan memberi peluang kepada Malaysia dan Amerika Syarikat untuk berbincang dan bertukar-tukar pandangan berhubung pelbagai perkara meliputi hubungan dua hala, serantau dan antarabangsa membabitkan kepentingan bersama,” menurut kenyataan Wisma Putra pada Isnin.

Malaysia dan Amerika Syarikat menjalin hubungan yang sangat baik dengan mengadakan begitu banyak kerjasama serta permuafakatan dalam pelbagai bidang.

Bagi tempoh Januari hingga Mei 2017, jumlah dagangan dua hala berkembang 23.3 peratus kepada  RM68.2 bilion (US$15.4 bilion) berbanding RM55.3 bilion (US$13.5 bilion) bagi tempoh sama pada 2016.

Tillerson akan mengunjungi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu.

Tillerson berada di rantau ini sejak 5 Ogos lepas. Beliau sebelum ini ke Manila untuk menghadiri beberapa mesyuarat serantau termasuk Forum Serantau ASEAN dan Mesyuarat Menteri-Menteri Amerika-ASEAN. Beliau berada di Thailand sebelum berkunjung ke Malaysia. – BERNAMA

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *