Setelah Tular, Ahkhirnya Pengurus Tampil Penjelasan Pekara Sebenar Insiden Sup Tomyam Tertumpah Pada Budak Lima Tahun. Kesian, Kena Tuduh Lempar Duit Rupanya2 dia hanya…

Posted on


Viral di media sosial apabila beberapa keping gambar kanak-kanak melecur di bahagian belakang tengkuk akibat terkena sup tomm yam panas.

Susulan insiden itu, pelbagai versi cerita telah disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Pengurus restoran tersebut walaubagaimanapun memohon maaf di atas kejadian yang menimpa kanak-kanak berusia lima tahun itu.

Mohd Zanafi yang kesal dengan kejadian tersebut mahu perkara berkenaan diselesaikan tanpa pertikaian serta kekeliruan seperti yang tersebar di media sosial.

Beliau turut terkejut dengan kenyataan yang tidak benar sehingga memburukkan imej restoran yang telah lama beroperasi itu.

Menceritakan kembali insiden tersebut, dia tidak nampak apa yang berlaku kerana sibuk melayani pelanggan dan menyedari kejadian tersebut apabila keluarga berkenaan bergegas untuk pulang.

“Saya tanya apa terjadi, mereka memberitahu anak mereka terkena sup tom yam. Saya cuba minta maaf, hulur tangan dan memberi RM200 untuk rawatan di klinik tetapi seperti tidak diendahkan.

“Mereka dalam keadaan kelam kabut ketika itu. Hari ini saya lihat kejadian itu disebar di media sosial dan banyak perkara tidak betul diperkatakan.

“Ada tuduh saya campak duit, sedangkan bukan itu berlaku. Keluarga berkenaan tergesa-gesa mahu pulang, mungkin kelihatan seperti saya mencampak duit,” kata pengurus tersebut dalam satu laporan oleh Berita Harian.

Difahamkan keluarga kanak-kanak itu telah membawanya ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

Saksi kejadian Rosnani Mohd Nawi, 36 pula mendakwa kanak-kanak itu tertepis tangan pekerja yang membawa hidangan sup tom yam yang panas sehingga tertumpah di atas tangan pelayan dan mangsa.

Pengurus itu lagi berhasrat menemui keluarga tersebut untuk memohon maaf secara peribadi bagi meleraikan segala kekeliruan.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *