Sesat 10 jam dibawa ‘nenek’

Posted on

LELAKI yang sesat hampir 10 jam ketika menahan ikan di kawasan tasik di hutan Kampung Serdang, Dungun semalam mendakwa dibawa seorang nenek ke pondoknya.

Bagaimanapun, mangsa dikenali sebagai Zulfakar Hussin, 30, ditemui selamat selepas berjaya keluar dari hutan berkenaan kira-kira 7 pagi ini.

Menurut Zulfakar, kejadian pelik itu berlaku selepas dia terpijak seekor ular sawa ketika mengangkat taut sebelum kaki kanannya tiba-tiba sakit akibat terpijak sengat ikan.

Katanya, dia kemudian melihat seorang nenek sebelum diminta wanita terbabit menghisap kakinya yang terkena sengat.

“ €œSaya dibawa nenek itu ke pondoknya dan hanya tersedar selepas terdengar azan Subuh dari sebuah masjid.

“ €œSaya cuba mencari jalan keluar sebelum menemui jalan besar dan melihat orang ramai termasuk anggota polis dan bomba berada di sekitar kawasan itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun Amri Mohamad berkata, sebelum kejadian itu, mangsa bersama dua rakannya masuk ke dalam hutan berkenaan kira-kira 8 malam semalam.

“Difahamkan, ketika mengutip ikan pada taut dipasang, mangsa dikatakan terpijak sengat ikan sebelum berkelakuan pelik dan melarikan diri dari kawasan itu.

“Pada masa sama, rakan mangsa yang pelik dengan tindakan mangsa cuba mengejar mangsa namun gagal sebelum mereka membuat laporan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurut Amri, sepasukan anggota bomba yang menerima laporan itu bersama polis dan penduduk kampung melancarkan gerakan mencari dan menyelamat mangsa di kawasan hutan berkenaan.

“Mangsa bagaimanapun ditemui selamat apabila berjaya keluar dari kawasan hutan berkenaan sebelum dibawa ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut,” katanya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *