Seringgit Je

Posted on

Seringgit Je?

Assalamualaikum Wr. Wb. Salam sejahhtera pada warga IIUMC. Selamat Hari Raya pada semua..

Sayu jugak hati aku bila baca macam-macam kerenah waktu raya, bermacam-macam masalah keluarga. Semoga korang tabah menghadapinya.

Apa aku nak confess kali ni adalah mengebai duit raya. Aku tak tau tentang orang lain tapi ramai orang sekeliling aku yang meletakkan nilai duit yang perlu kita letak dalam sampul raya untuk budak-budak.

Ada anak-anak buah aku, depan orang yang beri duit raya tu, dah bukak sampul, tengok berapa yang orang tu bagi. Bila seringgit atau 2 ringgit, mula lah mereka mengeluh.

Seringgit je.

Dua ringgit je??

Anak aku kecik lagi. Baru 2 tahun. Peringkat umur yang akan ikut perbuatan atau percakapan yang dia nampak. Bila nampak sepupu sepapatnya but macam tu, dia pun bukak sampul depan orang yang bagi. Aku terus halang. Aku mintak suami aku ambik sampul tu dari dia.

Aku cakap dengan anak aku dengan nada yang tegas jadi anak-anak buah aku pun dengar.

Abang. Sampul ni, dapat terus simpan. Nak bukak, dah sampai rumah nanti, dah balik rehat-rehat baru bukak.

Walaupun anak aku cuma 2 tahun dan dia mungkin blur apa aku cakap, aku akan cuba sebaik mungkin untuk ulang banyak kali sampai dia hadam.

Sejujurnya aku rasa cukup biadap untuk bukak sampul depan orang, apatah lagi komen berapa banyak yang kita dapat. Anak-anak buah aku bukan 5-6 tahun tapi dah sekolah darjah dah.

Ramai aku nampak sekarang budak-budak buat macam tu dan tak ditegur oleh orang-orang tua. Mungkin sebab tu jugak lah budak-budak ni jadi berani.

Dik. Seringgit yang pada kau ciput tu, mungkin macam 10 ringgit pada orang yang memberi. Kau tak tau peritnya dia mencari rezki dan ketepikan duit raya untuk kanak-kanak riang macam kau dan anak-anak kakak.

Aku mohon lah pada ibu bapa sekalian, tolong didik anak-anak jadi beradab lagi-lagi bab sensitif macam ni. Tersiat hati orang tu kalau dengar dan nampak anak kau buat macam tu. Aku sendiri walaupun anak aku cuma ikut apa sepupunya buat tanpa faham sepenuhnya, aku dah rasa salah sangat dah tu.

Lagi satu, ajarlah anak-anak untuk bersyukur tak kira berapa nilai yang dorang dapat. 1sen ke 50sen ke. Mak aku siap cakap, sekarang ni paling sikit orang bagi 4 ringgit. Aku bantah terus. Tak ada lah kurang ajar. Aku cakap elok-elok.

Kita tak boleh lah nak letak berapa banyak atau berapa sikit orang patut bagi. Kalau orang tu cuma mampu bagi seringgit, takkan nak perlekehkan. Kita tak tau mungkin seringgit dia nak bagi tu pun sampai banyak benda dia korbankan.

Kalau boleh kita ubah mindset kita. Benda ni nampak kecik.

Alah dengan budak kecik pun nak berkira. Nak terasa.

Kita tak berkira, kita tak terasa, orang lain mungkin terasa kak. Penat-penat dia cari duit, masukkan dalam sampul, kita senang-senang memperkecilkan hati dia.

Dari kecik lah kita ajar. Aku pun baru mula sebab anak-anak masih kecik. Doakan lah aku berjaya didik anak-anak aku untuk beradab dan bersyukur dengan berapa pun nilai yang dorang dapat hasil dari pemberian orang lain.

Salam Edulfitri,

Ain

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *