Serangan Bom Ragut 34 Nyawa

Posted on

LASHKAR GAH – Angka korban serangan bom di luar bank di ibu wilayah Helmand, selatan Afghanistan meningkat kepada 34 orang, kata pihak berkuasa.

Jurucakap gabenor wilayah, Omar Zwak berkata, sekurang-kurangnya 34 orang terbunuh manakala 60 mangsa lain cedera termasuk polis, tentera, penduduk awam dan kakitangan cawangan New Kabul Bank.

Difahamkan, ketika serangan ramai penduduk awam dan anggota keselamatan beratur untuk mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Letupan itu turut merosakkan beberapa kedai berhampiran dan berlaku ketika warga Afghanistan bersiap untuk menyambut Aidilfitri. – Reuters/BH ONLINE

[embedded content]

Loading…

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *