Seorang lelaki maut gara-gara cuba melintas ke sebuah platform kereta api

Posted on

NANJING – CHINA. Seorang lelaki maut gara-gara cuba melintas ke sebuah platform kereta api di stesen Nanjing South, bulan lepas.

Melalui rakaman CCTV, lelaki berkenaan cuba melintas landasan kereta api berkenaan ketika sebuah kereta api muncul.

Malang tidak berbau apabila dia tersepit di antara celah platform dan badan kereta api tersebut.

Menurut laporan Shanghaiist, pasukan penyelamat cuba menyelamatkan lelaki tersebut yang terus-menerus menjerit kesakitan.

Bagaimanapun, mangsa maut tidak lama kemudian.

Keadaan tragik tersebut juga dirakam orang ramai dan telah dimuatnaik ke laman video YouTube.

Menurut saksi, dia ternampak mangsa melintasi beberapa platform sebelum kejadian tersebut.

Mangsa didakwa melakukan perbuatan merbahaya berkenaan tanpa mempedulikan nyawanya sendiri.

http://www.bulletinviral.com

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *