Sengsara 15 tahun

Posted on

Gombak: Perlu berdepan masalah bunyi bising, jalan raya berdebu, risiko keselamatan, kerosakan harta benda persendirian dan harta benda awam.

Itu menggambarkan kesengsaraan dilalui lebih 36,000 penduduk Jalan Muhibbah, Taman Seri Gombak, Batu Caves, di sini, sejak 15 tahun lalu.

Lebih memeritkan kawasan perumahan penduduk dijadikan laluan pintas lori muatan tanah untuk ke tapak projek berhampiran.

Tinjauan Harian Metro di taman berkenaan mendapati dakwaan penduduk mengenai masalah yang membelenggu mereka ternyata benar di mana banyak lori membawa muatan tanah keluar masuk hampir setiap minit dan menggunakan laluan perumahan penduduk untuk ke tapak projek berkenaan.

Penghuni taman itu, Abu Hassan Kamal, 54, berkata, persatuan penduduk sudah membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) namun sehingga kini tidak ada sebarang tindakan diambil.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *