Senario mahu keliling Asia

Posted on

Siapa tidak mengenali Senario? Dalam bidang lawak tanah air, mereka adalah legenda.

Walaupun populariti mereka tidak seperti dulu, Senario yang kini dianggotai Azlee, Saiful Apek, Yasin, Ilya dan Hamdan masih ‘bernyawa’.

Ramai juga yang bertanya kenapa Senario tidak bersatu dan menyertai program realiti Maharaja Lawak Mega (MLM).

Menurut Azlee, pencapaian selama 21 tahun sebagai kumpulan lawak terunggul negara, kedudukan mereka bukan lagi untuk menjadi peserta tetapi sebagai juri pertandingan.

Ia situasi berbeza apabila Ilya menyertai Sepahtu dan Yasin bersama SYJ dalam MLM kerana ia adalah penyertaan secara individu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *