Senarai Dewi Remaja 1985 – 2015..Dari Pentas Peragaan Ke Lakon Layar.. Tak Sangka Ramai Pelakon Perempuan Dari Sini.

Posted on

Senarai Dewi Remaja 1985 – 2015..dari Pentas Peragaan ke Lakon Layar

Pencarian Dewi Remaja Merupakan pertandingan kecantikan gadis remaja Malaysia yang dianjurkan oleh majalah Remaja terbitan kumpulan Karangkraf.

Pertandingan ini selalunya di selang seli dengan pertandingan untuk versi lelaki iaitu Hero Remaja.

Jadi jom kita imbas senarai pemenang-pemenang dan bintang yang telah dilahirkan dari siri Pencarian Dewi Remaja dari awal penganjurannya di tahun 1985 sehinggalah sekarang…

Edisi 1 – Pencarian Dewi Remaja 1985/1986

Pencarian dewi remaja yang pertama dianjurkan adalah di tahun 1985 lebih kurang 20 tahun yang lalu

Paling kiri – Sharifah Sheril Aida, bekas penyanyi, ibu saudara kepada Scha Al-Yahya (Juara Dewi Remaja 05/06) No. 2 dari kiri – Rehana Yasin, pelakon Gila-Gila Remaja bersama Faizal Hussein


Tengku Anis – Pemenang Pencarian Dewi Remaja yang pertama di tahun 1985 / 1986

Sehingga kini kejelitaan Tengku Anis tetap terserlah walaupun sudah hampir 28 tahun kenangan itu berlalu.

Edisi 2 – Pencarian Dewi Remaja 1987/1988

Atas sambutan menggalakkan, pencarian dewi remaja diteruskan di tahun 1987 dan telah menobatkan supermodel Aleeza kassim sebagai pemenang.

Paling kiri – Sharifah Shawati, pembaca berita TV3
nO 2 dari kiri – Mimi Wahedah, model
nO 4 dari kiri – Lily Patra, pelakon
nO 6 dari kiri – Aleeza Kassim, pelakon (pemenang Dewi Remaja tahun tuh)
nO 10 dari kiri – Azah Aziz, pelakon (kini menetap di Perancis)


Aleeza Kassim – pemenang pencarian dewi remaja 1987 / 1988

Kalau dilihat, Aleeza kassim tampak jauh berbeza dari penampilannya sewaktu menyertai pertandingan dahulu tapi masih gorgeous.

Pencarian Dewi Remaja 1990/1991

nO 3 dari kiri – Kuza, pelakon
nO 4 dari kiri – Umie Aida, pelakon & penyanyi (ketika tuh pakai nama Ermie Zura dalam Dewi Remaja)
nO 6 dari kiri – Jasmeen Dhillon, pemenang tahun tuh
nO 7 dari kiri – Irene Santiago, model
nO 9 dari kiri – Jasmin Hamid, model, pelakon yang masih hot (masa ni dia umur 17 tahun)
nO 13 dari kiri – Roslinda Rasul, bini Joe Wings


Jasmin Hamid (Dua Dari kanan), Umie Aida (Tiga dari kanan)


Jasmeen Dhillon pemenang pencarian dewi remaja 1990 / 1991 menewaskan peserta lain.

Edisi 4 – Pencarian Dewi Remaja 1994/95

Wan khatijah, Wanita kacukan Melayu dan Perancis ini merupakan pemenang utama Pencarian Dewi Remaja keempat bagi sesi 1995/1996.

Anak kelahiran Terengganu ini, kemudiannya mula mendapat perhatian dalam industri seni tempatan ke dunia modeling, pengacara tv rancangan dan turut melibatkan diri di dalam bidang lakonan.

Turut bertanding pada musim ini ialah Rozita Che Wan namun menarik diri semasa final.

Edisi 5 – Pencarian Dewi Remaja 1997/98


Juliana Banos sewaktu ditabalkan sebagai Dewi Remaja

Juliana Banos, kacukan Melayu, Perancis dan Sepanyol ini merupakan Pemenang Dewi Remaja 1997 / 1998 – Juliana Banos bergiat aktif dalam bidang nyanyian dan sempat merakamkan beberapa buah album selepas disambar syarikat produksi ternama KRU Record. Juga pernah berlakon dalam filem filem Gila-Gila Pengantin dan filem Gerak Khas The Movie II.

Peserta lain:-


Rita Rudaini – pelakon

Julia Hana – pelakon
Wardina Safiyya – pengacara, pelakon
Azlina Aziz @ Mimie Aziz – model

Edisi 6- Pencarian Dewi Remaja 2002/03


Annahita Bakavoli pemenang Pencarian Dewi Remaja 2002 / 2003

Berasal dari Pulau Pinang. Annahita berketurunan campuran Melayu dan Parsi. Merupakan pengacara rancangan Hits 1 dan rancangan sihat jelita malah turut berlakon dalam siri sitkom popular Spanar Jaya.

Peserta lain:-
Pushpa Narayan (tempat kedua) – pelakon , finalis Miss Malaysia Universe 2004 (no 2)
Siti Fazurina – pelakon, pelawak
Zarynn Min – pelakon
Nadia Danish Hanif – kakak kepada pelakon Nora Danish
Wawa – pembaca berita NTV7
Loo Mei Lin – finalis Miss Malaysia Universe 2004 (no 3)

Edisi 7 – Pencarian Dewi Remaja 2005/2006

Scha Al Yahya Sewaktu dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2005/ 2006

Mula dikenali selepas lakonannya dalam drama bersiri Awan Dania mula menarik perhatian ramai peminat seni. Siapa sangka, personaliti bersahaja Scha berjaya menambat juri untuk dinobatkan sebagai pemenang.

Peserta lain:-
Ivy Lee (tempat kedua)
Izreen Azminda (berkongsi tempat ketiga) – pelakon
Nicolita Sanseh (berkongsi tempat ketiga)
Wan Hasaida (Dewi Persahabatan & berkongsi tempat ketiga)
Rebecca Nur Islam (Dewi Favourite)-Pelakon


Edisi 8 – Pencarian Dewi Remaja 2009/10

Pencarian dewi remaja diteruskan pada tahun 2009 dan 2010. Menyaksikan peserta favourite Anzalna tidak terpilih sebagai top 5 di malam Finale.


Neelofa – Pemenang Pencarian Dewi Remaja 2009 / 2010

Berasal dari kelantan, Bintang Neelofa terus terserlah apabila mendapat pelbagai tawaran sebagai seorang pelakon, pengacara dan model iklan.

Antara drama lakonannya ialah Kasih Najihah, Tahajud Cinta, Kitab Cinta, dan Jiwa, Lara dan Kau Yang Terindah. Filem lakonannya ialah Azura, Hantu Kapcai, Lemak Kampung Santan, SAM dan Taiko.

Peserta lain :-

Izara Aishah (tempat kedua) – pelakon

Shangkaree Nadarajan (tempat ketiga) – finalis Miss Malaysia Universe 2014
Anzalna Nasir – pelakon
Zarina Jamalullaill – pelakon
Siti Azar Ameerah – pelakon
Mas Hazirah @ Iraa – pelakon
Anis Al- Idrus – pelakon
Ramona Ros Qadira @ Ramona Zamzam-pelakon
Mia Ali
Syatilla Melvin -pelakon
Hafizah @ Fizz Sulaiman
Nadiey Hana

Edisi 9 – Pencarian Dewi Remaja 2014/2015

Acara finale Pencarian Dewi Remaja 2014/2015 bagi menobatkan dewi remaja yang baru dan telah menobatkan Raysha Rizrose, adik kepada pelakon Nelydia Senrose

Raysha Rizrose dinobatkan sebagai pemenang Dewi Remaja 2014/2015 di usia 18 tahun ~ Peserta termuda di pentas Dewi Remaja kali ni.

Mengikut jejak langkah kakaknya,Raysha juga kini aktif bergelar pelakon.

Sumber:selongkar10.blogspot.com

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *