Semua kasi khatan

Posted on

Seremban: Menyedari berkhatan mampu memelihara kebersihan dan kesihatan, sebuah keluarga bukan Islam menjadikan budaya itu sebagai kewajipan untuk mereka sekeluarga.

A Maheyesam, 51, dan isteri Asiah Taok, 41, tidak segan silu berkongsi cerita dan turut menurunkan budaya itu kepada dua anak lelaki mereka, A Tinash, 16, dan A Parthiban, 13.

Maheyesam bertugas sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) berkata, Tinash dan Parthiban dikhatankan di HTJ ketika mereka berusia 12 tahun dan kedua-dua mereka tidak menolak kerana sudah didedahkan mengenai kepentingan menjaga kebersihan.

“Tidak dinafikan mereka juga seperti kanak-kanak lelaki Islam lain dan berasa takut ketika mahu berkhatan.

“Ramai kenalan mereka berketurunan Melayu memudahkan kami melakukan perkara itu. Rakan mereka memberi semangat dan memaklumkan mengenai kesakitan ketika berkhatan,” katanya ketika ditemui semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *