Semoga dipermudahkan urusan ini

Posted on

KUBUR bekas murid Madrasah Tahfiz Al Jauhar, Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi, Johor, digali semula petang tadi, bagi siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ashmon Bajah ketika dihubungi mengesahkan proses berkenaan yang dilakukan bermula 3 petang.

Beliau berkata, proses berkenaan dibenarkan oleh mahkamah mengikut Seksyen 335 Kanun Prosedur Jenayah.

“Proses ini dibenarkan oleh mahkamah mengikut Seksyen 335 Kanun Prosedur Jenayah bagi tujuan siasatan lanjut kes berkenaan,” katanya.

Sementara itu, ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad juga mengesahkan perkara berkenaan.

“Memang benar kubur Mohamad Thaqif Amin digali semula petang tadi dengan disaksikan beberapa ahli keluarga bagi membolehkan sampel kaki arwah diambil untuk tujuan siasatan lanjut.

“Selain pihak hospital, polis dan pihak mahkamah turut berada di lokasi ketika proses menggali kubur arwah dilakukan,” katanya.

Allahyarham Mohamad Thaqif Amin dikatakan dipukul dengan paip getah pada tapak kakinya sehingga menyebabkan kecederaan yang mana kedua-dua belah kakinya dipotong pada 21 April lalu, dipercayai akibat jangkitan kuman.

Tangan kanannya yang turut dipercayai dijangkiti kuman sepatutnya dipotong bagi menyelamatkan nyawanya pada pagi 26 April.

Bagaimanapun, pembedahan itu terpaksa ditangguhkan kerana keadaan jantungnya tidak stabil sebelum kanak-kanak berusia 11 tahun itu meninggal dunia jam 2.05 petang di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *