Seluar ‘peha ayam’ kini menjadi trend, dijual dengan harga RM347

Posted on

Macam-macam jenis trend sekarang, selain dari trend mekap, trend baju dan seluar juga tidak ketinggalan. Jika bagi anda ia sesuatu yang pelik dan melucukan, namun tidak pada mereka yang sukakan kelaianan.

Seluar ‘peha ayam’ kini menjadi trend, dijual dengan harga RM347

Seluar ‘peha ayam’ kini menjadi trend, dijual dengan harga RM347

Fesyen seluar ‘paha ayam goreng’ kini menjadi trend di media sosial selepas ia dikongsi oleh seorang pengguna twitter. Seluar tersebut dijual di Jepun oleh kedai e-dagang Rakuten pada harga RM347.

Dikatakan jualan seluar ayam goreng tersebut memang mendapat sambutan hangat macam ‘goreng pisang panas’. Apa yang menariknya tentang seluar paha ayam goreng ini?? Kainnya tidak mudah kedut dan selesa dipakai. Ia juga panjang hingga ke paras buku lali.

Ramai netizen beranggapan bahawa trend tersebut lucu dan pelik, namun bagi mereka yang sukakan sesuatu yang pelik dan mahukan kelaianan, anda boleh cuba beli dan pakai. Tetapi ada ke yang sanggup pakai seluar ‘peha ayam’ ini ketika di luar rumah?

Seorang pengguna twitter, k-kazu-magi memuat naik gambar seluar tersebut. Tanpa disangka, entri itu memperolehi lebih 60,000 `liked’.

“Apa yang saya fikirkan ketika melihat seluar ini… ialah KFC,’’ demikian kapsyen oleh k_kazu_magi.

Rata-rata nitizen memberikan komen bahawa mereka tidak dapat menahan ketawa melihat seluar seperti ayam goreng itu.

Sumber: Hanasuva.com

Via: Aliff Channel

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *