Selangor perlu lebih garang

Posted on

Kuala Lumpur: Pemain Selangor dituntut melipat gandakan usaha ketika melayan kunjungan Kelantan dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam ini.

Jelas pengendali pasukan P Maniam, biarpun anak buahnya melakukan kejutan ke atas skuad Johor Darul Ta’zim (Johor DT) pada aksi peringkat kumpulan Piala Malaysia Selasa lalu, beliau mengingatkan pemainnya untuk tidak memandang mudah kemampuan The Red Warriors itu.

“Kelantan bukan lawan mudah dan kejayaan menewaskan pasukan terbaik seperti Kedah menunjukkan mereka bukan calang-calang pasukan.

“Apa yang saya lihat permainan mereka teratur dan memiliki pemain import baik terutama Abou Bakr dan Alessandro Celin, selain jentera tengah mantap.

“Keyakinan mereka juga sudah pasti pada tahap terbaik dan kita kena lebih fokus atau bersungguh-sungguh berbanding ketika berdepan Johor DT,” katanya, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *