Sedia gegar Old Trafford

Posted on

London: Penyerang antarabangsa Belgium Romelu Lukaku sudah sah menjadi miliki Manchester United dengan nilai perpindahan £75 juta (RM415.7 juta) sekali gus mencatat rekod perpindahan antara dua kelab England.

Kontrak yang ditandatangani pemain berusia 24 tahun itu dianggap sebagai satu kejayaan buat United dan pengurus Jose Mourinho selepas bekas kelabnya, Chelsea dikatakan turut mengidam untuk mendapatkan penyerang berkenaan.

Penyerang Manchester United Wayne Rooney pula berpindah ke Everton dan dikatakan sanggup menerima gaji lebih kecil asalkan tempatnya di dalam kesebelasan utama lebih terjamin berbanding kekal di Old Trafford.

Kehadiran Lukaku bermakna dia akan sekali lagi bermain di bawah kendalian Mourinho selepas kedua-duanya bersama di Chelsea dan pengurus itu pernah menjualnya ke Everton pada 2014.

Dalam satu kenyataan, United berkata: “Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kami sudah mencapai persetujuan dengan Everton berhubung perpindahan Romelu Lukaku tetapi ia bergantung kepada keputusan ujian perubatan selain terma peribadi.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *