Sebar MyKAS Lama Dakwa Bukan Warganegara Layak Mengundi

Posted on

KUALA LUMPUR – Maklumat bertajuk “Benarkah pemegang Kad Pengenalan Sementara layak mengundi” seperti yang disebarkan secara meluas di media sosial merupakan satu pembohongan.

Ketua Pengarah JPN, Datuk Mohd. Yazid Ramli berkata, gambar Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (MyKAS) yang ditularkan itu adalah `screenshot’ contoh MyKAS dari laman web JPN pada tahun 2012.

“Contoh MyKAS tersebut dipercayai telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Hasil penelitian terhadap paparan tersebut mendapati bahawa kad berwarna hijau yang didakwa sebagai MyKAS (yang telah disunting) itu sama sekali tidak menepati ciri-ciri fizikal MyKAS yang dikeluarkan oleh JPN.

“Semakan terhadap rekod JPN mendapati bahawa ketiga-tiga nama yang dipaparkan di atas MyKAS tersebut telah dianugerahkan taraf kewarganegaraan Malaysia sejak tahun 2004 dan 2007. Sehubungan dengan itu, mereka layak untuk mengundi pada pilihan raya selepas dianugerahkan taraf kewarganegaraan Malaysia.

“Justeru, dakwaan bahawa kesemua individu ini bukan bertaraf warganegara Malaysia dan layak mengundi walaupun hanya memiliki MyKAS adalah tidak benar sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Penyokong pembangkang sejak beberapa hari lalu menyebarkan gambar MyKAS lama individu tertentu sebelum mereka diberi taraf kewarganegaraan kononnya mereka layak mengundi dalam pilihan raya umum akan datang walaupun bukan warganegara.

Sehubungan itu, Mohd. Yazid meminta orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan yang tidak benar disebarkan di media sosial bagi mengelirukan rakyat negara ini.

Berikutan keterangan beliau mengenai MyKAS:

Ciri-ciri fizikal MyKAS yang asli adalah berwarna hijau sepenuhnya dengan catatan Pemastautin Sementara serta status kewarganegaraan pula tercatat dengan jelas sebagai BUKAN WARGANEGARA.

Gambar pemegang kad dipaparkan di ruang kanan kad berkenaan. Kad ini memaparkan tarikh luput di bahagian tengah di muka
hadapannya
.
Untuk makluman, MyKAS hanya dikeluarkan kepada individu bertaraf Bukan Warganegara yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan di bawah Peraturan 5(3) (c) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 iaitu:

1. seseorang yang memasuki Malaysia secara sah melalui suatu pas imigresen atau permit yang sah dan dibenarkan menetap di Mlaysia bagi tempoh 12 bulan dan ke atas; atau

2. seseorang yang dilahirkan di Malaysia tetapi taraf kewarganegaraannya tidak dapat ditentukan. – Mynewshub.cc

[embedded content]

Loading…

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *