Sebab parking kat laluan masuk, dia terkejut keretanya di pindah atas bumbung

Posted on

Wanita berkenaan kemudian meletakkan kenderaannya di luar pagar laluan masuk ke kawasan perumahan itu, yang juga menghalang kenderaan lain dari memasuki kawasan itu.

Pemilik kawasan berkenaan berkata, kenderaan itu ditinggalkan di situ selama beberapa jam sebelum mereka membuat keputusan untuk menghubungi perkhidmatan kren untuk mengalihkan kenderaan itu.

Ketika proses pengalihan itu dilakukan, ada individu yang mencadangkan agar kenderaan itu diletakkan di atas bumbung pondok pengawal.

Setelah pemiliknya kembali, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati keretanya itu berada di atas bumbung. Difahamkan, wanita terbabit dan wakil komuniti di situ diminta untuk menghubungi pihak polis untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

Akhirnya perkhidmatan kren itu dihubungi untuk datang semula bagi menurunkan kereta wanita berkenaan.

Insiden itu viral di media sosial dan netizen memuji tindakan komuniti dan pemilik kawasan itu, tidak lupa juga pada jasa pemandu kren tersebut.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *