Sayu sagu mata ikan

Posted on

Shah Alam: “Jika melihat kuih sagu mata ikan, saya terus teringat memori indah bersama arwah sehingga mengalirkan air mata,” kata Siti Anida Lihat, 35, isteri anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang maut digilis treler, 23 November tahun lalu.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, Allahyarham Mohd Ridzuan Md Yusop, 34, menjalankan operasi di hadapan Plaza Tol Setia Alam, di sini, sebelum dirempuh kenderaan berat itu.

Akibatnya mangsa terbunuh di lokasi kejadian akibat kecederaan teruk di kepala.

Bapa kepada seorang anak yang bertugas di Ibu Pejabat JPJ Selangor itu dikatakan baru selesai memeriksa sebuah lori kontena di hadapan treler yang melanggarnya.

Siti Anida berkata, Ramadan hanya disambut sederhana berikutan kehilangan Allahyarham sehingga kini masih dirasai terutama anak mereka, Nur Dhamirha Izzati, 5 tahun.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *