‘Saya tak cari, tawar penaja’

Posted on

Tanggal 28 Julai ini, pelakon jelita Siti Saleha Baharom, 27, bakal bergelar suri kepada Ahmad Lutfi Azhar, 31. Sama saja seperti mana-mana bakal pengantin, pastinya 1,001 rasa sedang bergelodak dalam jiwa.

Tapi Saleha bertuah kerana mempunyai keluarga, saudara mara dan teman yang baik, bersedia membantu­nya sepanjang sibuk dengan persiapan hari bahagia bakal menjelang.

“Persiapan setakat ini ‘okey’ sebab ada ‘team’ yang sangat bagus. Semua ada peranan masing-masing dan ia seimbang. Ayah, adik-beradik, pengurus dan saudara mara banyak membantu,” katanya.

Resam bergelar selebriti popular, selalunya ada sahaja pihak yang mahu menaja majlis pernikahan dan persandingan.

Bagi Saleha, perkahwinan ditaja bukan fokus utama dan setakat hari ini belum ada yang menawarkan diri untuk menaja dan menjadi sebahagian daripada detik bersejarah dia dan bakal suami.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *