Saya Sayang Mama

Posted on

Saya Sayang Mama

Bismillah
Tujuan saya menulis kali ini ingin meluahkan perasaan terhadap mama saya yang sedang mengalami simptom menopause. Bukan memburukkan mama saya cuma saya ingin mendapatkan nasihat bagaimana menangani mereka yang sedang mengalami simptom menopause.

Mama saya dahulu bukan macam sekarang. Ya, saya tahu mustahil untuk saya inginkan mama saya jd seperti dahulu. Semuanya bermula sejak tahun 2015. Mama sakit teruk. Mengalami gastrik teruk sehinggakan beliau tidak mampu membuat apa apa kerja jika sakit itu datang. Alhamdulillah, pada 2016 mama pergi membuat endoskopi dan doktor menemui jangkitan kuman dan mama hanya perlu makan anti biotik sahaja. Semasa waktu mama sakit, saya dan adik yang bertungkus lumus menjaga makan minum mama. Makan tak boleh lewat, dan ada benda yang mama tak boleh makan.

Sebelum ini, saya merupakan pelajar di peringkat sarjana dan terpaksa berhenti kerana keadaan keluarga yang tak mengizinkan dan keadaan mama yang tak sehat. Seperti jatuh di timpa tangga, mama sakit gastrik teruk dan juga mengalami masalah tekanan darah yang rendah. Sayu hati bila melihat mama yg dulu sehat selalu, kini sentiasa kelihatan penat dan lemah. Saya mengambil keputusan berhenti belajar dan balik ke kampung untuk menjaga mama sambil menolong perniagaan mama bersama adik. Perangai mama makin berubah pada awal tahun 2016 setelah sembuh dari sakit.

Tiap hari, mama kerap mencari gaduh. Ayah lah yang selalu menjadi mangsa. Saya bersyukur sangat sangat ayah seorang yang penyabar. Tiap hari, pagi tengahari, petang, malam, ada saja yang tak kena di mata mama. Semua salah. Dia saja yang betul. Allahu, kami adik beradik sungguh sungguh bersabar. Tapi betul la kata pepatah, seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak belum tentu mampu menjaga 1 ibu. Kami tak terniat pun untuk menjadi kurang ajar. Tetapi apa yang mama lakukan memang salah. Ayah saya yang selalu tolong basuh kain, isi air minum dan tolong sediakan bahan bahan niaga, namun mama kerap bermegah kata dirinya yang tanggung keluarga ini. Padahal, bil kereta, elektrik, air semua di bayar mnggunakan duit gaji ayah. Sedih dan kasihan ayah terpaksa mendengar kata kata merendahkan martabat beliau sebagai ketua keluarga. Memang betul mama yang mengeluarkan duit untuk barang barang dapur. Namun saya dan adik juga selalu membantu. Mama tetap tak nampak semua tu. Yang dia tahu, dialah yang selalu betul.

Saya bukan tak nak cari kerja, tapi mama dah tak kuat, masih banyak hutang yang perlu dibayar dan perniagaan harus dijalankan kerana perniagaan ini sumber pendapatan utama. Adik saya seorang memang tak mampu mengusukan semua. Saya dan adik bertungkus lumus tiap hari niaga sehinggakan tak cukup tidur demi memastikan mama rehat secukupnya.

Namun, mama tak pernah nampak pengorbanan kami. Malah mengungkit tiap tiap hari dia lah yg beli lauk, dia lah yg penat buat kerja. Sungguh. Sungguh kami masih bersabar dan berdiam diri. Namun kadang kadang rasa ingin membetulkan keadaan. Kami berlembut menasihati mama, mama tetap tak nak terima. Semakin hari, semakin kami berdiam. Cakap sedikit mama merajuk. Banyak kali mama nak lari dari rumah. Banyak kali juga kami menangis merayu mama jangan pergi. Allah. Terasa beratnya dugaan. Semakin hari, semakin teruk rasanya perangai mama.

Bukan kami rindu pada mama yang dulu. Tapi kami hanya penat. Kami bersyukur mama masih berada bersama kami. Penatnya melayan perangai mama, penat berniaga lagi. Kadang kadang tertinggi suara juga. Ya Allah, sungguh saya tak sengaja. Saya selalu minta maaf dengan mama. Saya nak mama berubah sedikit. Kurangkan memburukkan ayah, nak marah kami tak apa. Tapi jangan lah cari gaduh dengan ayah. Itu sahaja kehendak kami. Namun mama begitu keras hatinya. Nasihat hanya masuk telinga kanan keluar kiri.

Ada tak cara lain untuk sedarkan mama? Saya dan adik adik dah buntu. Sekarang ini, kami hanya mampu diam. Saya perasan sangat perubahan keluarga kami ni. Semua dah tak berkumpul kat ruang tamu dah. Keluar kejap, mama mulai membebel, semua masuk bilik. Kurang komunikasi. Saya nak mama berubah sedikit sahaja. Kasihan ayah. Pembaca yang ada pengalaman boleh tak kongsikan beberapa cara untuk menasihati mama kat ruangan komen di bawah. Terima kasih.

Aira

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *