Saudagar tempe

Posted on

Jasin: Desakan kewangan selepas kematian suami empat tahun lalu memaksa ibu tunggal yang bekerja sebagai tukang cuci, mengembangkan penghasilan tempe kecil-kecilan sebagai sumber pendapatan tetap.

Pengalaman 10 tahun mengusahakan tempe secara sambilan sebelum ini memaksa Hadijah Ramli, 51, mengembangkan lagi perniagaan itu dengan mengambil keputusan menjadi usahawan RISDA, tahun lalu.

“Saya menyertai usahawan RISDA pada Ogos 2016 kerana memikirkan perlu menggalas tanggungjawab sebagai bapa kepada empat anak yang masih belajar. Kerja sebagai tukang cuci tidak cukup menampung anak yang bersekolah dan menuntut di universiti.

“Jadi, saya ambil keputusan menyertai usahawan RISDA. Mereka memberikan pinjaman RM20,000 untuk mesin mengeringkan kacang soya dan mesin merebus serta dapur gas dan pondok di belakang rumah, tempat saya memproses tempe,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Umbai, di sini.

Hadijah ketika ini menanggung empat anak perempuannya berusia 22, 21, 16 dan 14 tahun selepas suaminya Mazlan Abas meninggal dunia pada usia 50 tahun pada 2013.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *