Sasar takluk Azerbaijan

Posted on

Baku: Masih segar daripada kejayaan penyelamat musim di salah satu litar kegemarannya, Lewis Hamilton (gambar) dijangka bertindak baik sekali lagi buat Mercedes ketika perlumbaan Formula Satu berdepan cabaran getir cuaca panas pada Grand Prix Azerbaijan, hujung minggu ini.

Kemenangan juara dunia tiga kali di GP Kanada awal bulan ini keenam buatnya di litar Montreal – membantunya merapatkan jurang kepada 12 mata di belakang pendahulu kejuaraan Sebastian Vettel dari Ferrari dan menambah seleranya untuk meraih kemenangan sulung di litar jalanan Baku, satu-satunya gelanggang dalam kalendar semasa yang tidak pernah dimenanginya.

“Saya amat pantas di sana tahun lalu, tapi saya gagal mencatat kemenangan,” kata Hamilton. “Jadi kali ini, perancangannya untuk memastikan saya menang.”

Selepas persembahan terumbang-ambing pada awal musim yang mana dia dan rakan sepasukan Mercedes, Valtteri Bottas bergelut beberapa kali, Hamilton bangkit memperagakan aksi terbaiknya di Montreal untuk meraih kemenangan ketiganya dalam tujuh perlumbaan ketika Mercedes menghasilkan penamat satu-dua.

Dia tiba di Baku dengan bos pasukan Toto Wolff memuji sikap dan persembahannya. “Lewis berada dalam keadaan terbaik pernah saya lihat dalam lima tahun sejak saya menyertai pasukan ini,” kata Wolff.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *