Sanchez pasti pulang!

Posted on

London: Arsene Wenger mengulangi keazamannya untuk mengekalkan Alexis Sanchez dan menyelar dakwaan selesema yang dialami bintang Arsenal itu adalah sebahagian dari perancangannya untuk berpindah.

Sanchez hanya berbaki setahun dalam kontrak bersama Arsenal selepas enggan menandatangani tawaran kontrak baru kelab itu dan dipercayai penyerang Chile itu mahu berpindah ke pasukan yang bermain dalam Liga Juara-Juara.

Manchester City, Paris Saint-Germain, Bayern Munich dan Juventus semuanya berminat terhadap pemain berusia 28 tahun itu, yang masih belum pulang bagi latihan pramusim bersama Arsenal ketika dia memulihkan diri selepas beraksi buat Chile pada Piala Konfederasi.

Sanchez sepatutnya pulang ke Arsenal semalam namun kepulangannya ke England ditangguhkan sekurang-kurangnya 48 jam selepas dia mengalami selesema, mendedahkan keadaannya dalam media sosial.

Sesetengah penyokong Arsenal bimbang kegagalan Sanchez melapor diri tepat pada masanya adalah sebahagian daripada rancangannya untuk meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *