Sambutan Hari Standard Sedunia, World Standards Day

Posted on
Sambutan Hari Standard Sedunia, World Standards Day disambut pada 14 Oktober setiap tahun yang membawa maksud tersirat iaitu standard adalah perkara perlu dilihat oleh semua golongan masyarakat di dunia.

Hari Standard Sedunia

Hari Standard Sedunia adalah untuk memberi penghargaan kepada ribuan pakar yang berusaha keras dan bekerjasama dengan badan-badan standard di dunia selain meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengawal selia, industri dan pengguna mengenai kepentingan piawaian kepada ekonomi secara menyeluruh.

Apa yang rakyat dan pengguna perlu ketahui adalah, perlunya mengetahui standard sesuatu produk atau perkhidmatan bagi memastikan mereka mampu mengenal pasti barangan yang diperoleh berkualiti ataupun sebaliknya.

Kesedaran rakyat Malaysia mengenai perkara ini masih sangat rendah jika dibandingkan negara maju lain.

Di Malaysia, agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memperuntukkan kira-kira RM10 juta setahun bagi membangunkan kesedaran rakyat mengenai kepentingan piawaian dalam kalangan pengguna di negara ini melalui penganjuran beberapa aktiviti.

Penganjuran seminar, bengkel dan kempen di peringkat agensi kerajaan, murid sekolah, penuntut institusi pengajian tinggi dan orang awam.

Standard bertujuan mengawal selia kualiti perkhidmatan dan memastikan keselamatan dan prestasi produk. Keselamatan dan kualiti yang menepati standard adalah kunci kepada pengekalan dan peningkatan gaya hidup rakyat, katanya.

Selamat menyambut Hari Standard Sedunia.

BACA INI JUGA:

sumber: mcmc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *