Rusdi Ramli Rindu Berlakon

Posted on

OLEH kerana terlalu sibuk di kerusi pengarah, pelakon Rusdi Ramli, 47, terpaksa menolak tawaran biarpun hatinya rindu untuk kembali ke set dan menghidupkan watak dalam projek filem mahupun drama.

Terlalu sibuk di lokasi penggambaran drama kedua arahannya berjudul Mr Stalker Saya Cintakan Awaklah!, dia mengaku tidak ada masa untuk berlakon.

“Ada tawaran datang dan sayapun rindu hendak berlakon. Tetapi saya sibuk dengan kerja mengarah, selain terpaksa ‘mengajar’ pelakon, jadi saya terpaksa tolak,” katanya.

Kata Rusdi, dia banyak ‘mengajar’ bakat baharu di set setiap kali hendak memulakan penggambaran.

“Kebanyakan pelakon generasi muda lebih suka datang ke set tanpa membuat persediaan. Bagi mereka, sebelum memulakan penggambaran, ada kelas lakonan.

“Saya kasihan melihat pelakon lama yang dulunya hebat. Ini kerana mereka tidak perlu diajar cara berlakon, tetapi malangnya, tidak ada tawaran sekarang,” katanya.

Rusdi yang sudah lebih tiga dekad mengabdikan diri dalam dunia seni melihat industri tempatan jauh bezanya dengan luar negara.

“Di luar negara, pelakon lama ini masih jadi hero sehingga dibayar mahal kerana kehebatan lakonan mereka, tetapi di negara ini, terbalik,” katanya.-MYNEWSHUB.CC

[embedded content]

Loading…

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *