Rupanya penyanyi bersuara sengau, Mizio Cheekie pernah terpalit isu pegang anjing sambil berjubah

Posted on

MUNGKIN anda tidak mengenali siapakah penyanyi bernama Mizio Cheekie atau nama sebenarnya, Muzaffar Kaisar Ishak. Jangan risau, sebab kami pun tak berapa kenal siapakah gerangan lelaki ini.

Mizio Cheekie

Mizio Cheekie

Sebelum ini dia mendapat cemuhan kerana memiliki suara yang sengau. Tapi itu bukan penghalang baginya untuk terus jatuh dan temakan dengan kata-kata kosong daripada netizen.

Tapi dalam diam penyanyi ini telah pun melancarkan dua single pada dua minggu yang lalu. Lebih membanggakan ialah dia juga melancarkan pengambaraan klip video tersebut dekat Santorini, Greece. Bukan main jauh lagi tu.

Sebuah akhbar tempatan melaporkan yang Mizio bagaimanapun meletakkan harapan yang tinggi bagi dua single terbaharunya ini agar dapat diterima oleh peminatnya.

Anda boleh search sendiri di Youtube, single terbaru Mizio yang bertajuk Izinkanlah dan Memori Duka. Ini merupakan kejayaannya kerana dapat realisasi impiannya untuk ada single yang tersendiri sejak dulu lagi.

Single terbarunya itu merupakan hasil ciptaan Taiko Tuaran dan liriknya pula hasil nukilan Syafizan Syafik dan Taiko Tuaran juga.

Kedua-dua single terbaharunya itu malah telah mendapat tontonan sebanyak 85,000 kali tontonan di Youtube selepas ia dimuat naik.

Mizio, 45, juga bakal melebarkan sayap bakatnya ke China bagi merakamkan lagu Mandarin tidak lama lagi khusus untuk pasaran negara tersebut.

“Proses menyiapkan kedua-dua lagu ini tidak mengambil masa lama. Saya rakam sekitar Februari lalu. Demi memastikan semuanya berjalan lancar, saya mengikuti kelas vokal.”

“Sebab saya bukan orang seni dan pastinya saya perlu tunjuk ajar daripada mereka yang berpengalaman, khasnya dari segi vokal,” katanya yang pernah menjadi bahan gurauan kerana dikatakan memiliki suara yang agak sengau.

Pemuda ini juga pernah dikecam sebelum ini kerana gambarnya yang sedang memakai jubah dengan seekor anjing tersebar. Gambar tersebut telah diambil ketika dia berada di Janda Baik, Pahang.

Mizio juga dikatakan memelihara sebanyak 50 ekor anjing daripada pelbagai jenis baka yang terkenal seperti Rottweiler, Sheetland Sheepdog, French Mastiff dan banyak lagi.

Kalau hendak tahu cerita tentang Mizio dan anjingnya, boleh lah lawati blog kepunyaannya.

Kalau anda sendiri tak kenal jejaka ni, pasti anda pun tak tahu tentang cerita gambar bogelnya yang tersebar dulu.

Ada juga yang menyatakan yang Mizio ni dulu merupakan penari bogel kat sebuah kelab. Uishhhh… Belum apa-apa dah ada berita tak elok ni.

Dia juga dikatakan suka ‘expose’ gambar ‘sexy‘nya di media sosial. Anda tengok lah sendiri, kami tak mampu nak tayangkan kepada anda. Internet dekat hujung jari, google lah sendiri.

Apa pun mungkin itu semua kisah lama Mizio sebelum bergelar artis. Mungkin kini dia sudah ‘tutup aurat’nya? Semoga Mizio terus berjaya dan dapat menempa nama di peringkat lebih tinggi lagi.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *