Ronaldo adalah FIFA’s The Best

Posted on

PENYERANG Real Madrid kelahiran Portugal, Cristiano Ronaldo diangkat pemain terbaik dunia buat tahun kedua berturut di FIFA’s The Best, di London, awal pagi ini.

Pemenang empat kali Ballon d’Or dipilihkan berdasarkan kejuaraan berganda yang diraihnya pada La Liga dan Champions League bersama Madrid, tahun ini.

Selain itu, dia juga dipilih berdasarkan ketrampilannya ketika pertemuan menentang Juventus di akhir European Cup yang turut membantu Real menjadi pasukan pertama mengekalkan trofi menggunakan format semasa.

Penyerang Barcelona kelahiran Argentina, Lionel Messi, yang lima kali memenangi anugerah Ballon d’Or dan pemain Paris St Germain dari Brazil, Neymar menduduki tangga kedua.

Pemenang dipilih berdasarkan undian di kalangan jurulatih skuad kebangsaan dan ketua pasukan di samping pengamal media serta penyokong.

Anugerah Best FIFA Men’s Player dan Ballon d’Or, yang undian hanya dilakukan di kalangan pengamal media kini menjadi dua majlis yang berbeza.

Jurulatih Real Madrid dari Perancis, Zinedine Zidane meraih trofi pengurus terbaik.

FOTO AFP

Lima pemain Real dipilih sebagai sepuluh pemain cemerlang dunia adalah Marcelo, Sergio Ramos, Luka Modric dan Toni Kroos.

Messi, Neymar, Gianluigi Buffon (Juventus), Dani Alves (PSG), Leonardo Bonucci (AC Milan) dan Andres Iniesta (Barcelona) turut dipilih.

FOTO AFP

Penyerang Arsenal, Olivier Giroud, memenangi Puskas Award, kerana jaringannya – aksi yang digelar ‘scorpion kick’ yang dilakukan pemain itu pada pertemuan dengan Crystal Palace.

Buffon pula diumumkan sebagai penjaga gol terbaik.

Pemain Belanda, Lieke Martens meraih pemain terbaik wanita dunia manakala jurulatih skuad wanita Belanda, Sarina Weigman diundi pengurus terbaik.

Ini berdasarkan kecemerlangan skuad wanita Belanda meraih kejuaraan di Euro 2017.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *