RON95 & RON97 naik 3 sen, diesel naik 5 sen

Posted on

Selepas penurunan untuk dua minggu berturut-turut, harga petrol kembali naik bagi minggu mendatang.

RON95 akan dijual pada harga RM2.19 seliter, naik tiga sen daripada RM2.16 seliter. RON97 pula akan dijual pada harga RM2.49 seliter, juga naik tiga sen daripada RM2.46 seliter.

Sementara itu, diesel pula meningkat sebanyak lima sen, dengan harga RM2.17 seliter daripada RM2.12 minggu lalu.

Harga baru ini diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan berkuatkuasa mulai jam 12.01 pagi pada 5 hingga 11 Oktober.

Mekanisme penetapan harga bahan bakar mingguan mula dikuatkuasakan pada bulan April lalu.

Ia ditetapkan berdasarkan kedudukan harga Means of Platts Singapore (Mops) serta kekukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat pada minggu terdahulu.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *