Rindu Mak Yang Dulu

Posted on

Rindu Mak Yang Dulu

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sebab siarkan cerita aku. Before this aku ada banyak baca pasal mak yang pilih kasih dengan anak-anak dia. Lepas aku baca tu, tergerak jugak lah hati nak cerita kisah aku pulak.

Benda ni start masa aku form 4, struggle hidup takde abah dekat rumah (abah kerja luar). Kakak-kakak pulak semua duduk jauh-jauh sebab dah ada keluarga sendiri. So, kat rumah tinggallah aku, mak, dan adik. Aku dengan adik beza umur memang jauh, 5 tahun. Sebelum dia lahir aku memang manja dengan semua orang.Semua layan aku dengan baik. Even mak pun boleh bergurau senda lagi dengan aku, peluk2, cium pipi. Lepas je adik lahir, semua tu berkurang. Aku macam tak wujud dah depan mata mak.

Perangai mak dengan adik boleh buat aku hilang sabar jugak lah tapi aku tahan. Mak tersangat-sangat manjakan adik, adik pulak kuat mengarah mak, kurang ajar, takde rasa hormat. Bayangkan budak kecik macam tu dah pandai tengking mak kata ala mak ni itupun taktau. Aku yang dengar pun rasa kecik hati apatah lagi mak. Tapi mak biarkan je, still manjakan. Adik tak pernah kena marah dari kecik, kalau dia kena cubit dengan aku, mak akan pulaukan aku dua tiga hari. Padahal aku cubit sebab dia buat salah. Tinggikan suara kat kakak2 dia. Takkan nak biar, nak sorak pulak takpe, budak tu kecik lagi. mana dia tau kepala botak dia. Aku marah sebab taknak dia spoiled bila besar. Aku dengan kakak2 aku semua belajar berdikari dari kecik. Semua buat sendiri, darjah 2 dah start gosok baju sendiri walaupun ada bibik (sekarang takde), basuh pinggan lepas makan, kemas rumah. Tapi adik memang langsung tak buat apa. Pinggan dah makan biar dalam sinki, baju lepas balik sekolah main campak je atas lantai, stokin dia sepuk celah sofa, baju sekolah pun harap mak aku gosokkan. Amboi! Aku pun mula2 macam oh dia lupa kot so sokey. Tapi dah setiap hari nak kena suruh naik lemak ah gitu. Banyak lagi ah benda yang dia buat bagi darah aku naik tapi aku malas nak cerita sebab ni cerita aku okeh.

Ekceli along pun perasan benda ni so dia pun marah lah adik jugak. Kakak2 aku memang taktau perangai adik selama ni sebab aku bukan jenis cerita dekat orang. Along kalau marah memang garang gila ah. Aku pun takut. Bila adik dah kena marah tu, dia mengadu lah kat mak. Kau tau apa mak buat? Dia senyap je. Pastu bawak adik keluar jalan2, macam nak pujuk adik la. Pastu dua hari lepas tu ateh bagitau aku dengan along yang mak ws dia. Kata aku ni suka marah adik, adik buat semua tak kena. Pastu dia kata aku pegi cerita buruk pasal adik dekat along sampai along pun ikut sama marah adik. What the duck. Aku langsung tak cerita apa2 dekat along sebab kalau ikutkan aku ni seorang yang pendiam jugak lah. Tak banyak cakap sangat. Mak kata dia kalau marah mulut keluar macam2. Nasib ateh jenis positif. Dia pujuk mak kata elok2. Tapi mak still sama. Taknak cakap dengan aku pun.

Bila along tanya, dia layan elok2. Sembang best2, cerita pasal itu ini, masak makanan feveret along setiap hari. Tapi bila aku tanya, tak jawab kadang2 kena ulang soalan dua tiga kali sebab tak pay attention, bila duduk berdua kat ruang tamu aku rasa macam hidup rumah bujang. Senyap je, takde bunyi apa selain tv. Aku banyak kali cuba sembang tapi end up senyap gitu je. semuanya awkward. Aku jeles tengok adik aku cerita pasal kawan2 dia kat mak, cerita pasal sekolah macam mana. Aku nak jugak cerita. Setiap hari bila adik balik sekolah mak tanya sekolah macam mana? okay tak? makan apa? Aku nak jugak. Aku nak semua tu. Aku suka bila mak tanya aku even benda sikit macam harini ada tusyen tak. Aku rasa bahagia walaupun muka aku stone. Aku baru tau yang mak selalu ws anak2 dia yang lain, panggil sayang, love u, darling, semua lah. Tapi bila cakap dengan aku payah betul nak sebut nama, eh, jangan buat tu. Eh je? Memang lah yang jauh kena selalu contact, tapi yang dekat ni nak buat apa? Biarkan je? Aku rindu nak sembang dengan mak macam dulu.

Kalau aku sidai kain, selalu je aku sidai baju2 mak dengan adik yang baru. Setiap minggu ada je baju baru. Aku nak jugak sebab kalau korang kira baju jalan aku, boleh kira pakai jari. Suku almari je total baju aku. Keluarga aku ni senang jugaklah sebab abah gaji nak dekat 100k sebulan. So kalau masalah duit tu memang takde cuma mak yang susah nak spend untuk anak2. Abah memang ajar anak dia belanja apa yang perlu je. Tapi sampai keperluan macam cuci muka, sabun etc kena beli pakai duit sendiri memang teruk lah aku nak kena simpan duit sekolah. Kalau barang kehendak tu memang aku pakai duit sendiri, tak pernah mintak. Aku simpan duit sekolah aku, beli baju bundle. Senang. Along bawak aku pegi pasar malam, biarkan aku dalam kedai bundle. Bahagia kejap untuk sejam hahaha. Dalam bundle tu boleh lah dapat dua tiga helai baju tidur, baju jalan, kasut. Itupun bila balik rumah mak bising kata bazir. Aku tak mintak duit sesiapa pun. Lain lah adik, baju dia semua dari shopping complex. Mana pernah pakai baju bundle. Baju dia aku tengok semua cantik2, kebanyakannya dari sogo. Entah bila diorang shopping aku pun taktau. Ye kadang2 aku ikut diorang shopping tapi takkan aku nak mintak. Ada jugak mak offer tapi satu bra je. Paling murah. Aku bersyukur. Tapi adik boleh dapat baju sampai beratus kenapa aku punya yang paling murah. Perempuan weh memang perlukan bra. Lagi2 remaja macam aku, cepat membesar. Bukannya aku mintak saja2, bra aku memang nazak. Tali hilang, ada yang mereput sebab recycle dari kakak yang diorang dah tak muat.

Kalau bab makanan memang adik aku dapat semua yang dia nak. Aku ni, kalau balik sekolah belum tentu ada makanan. Kena masak sendiri kadang2. Bayangkanlah kau penat sekolah, balik jalan kaki, kena masak pulak, ada tusyen lagi sampai malam, kemas rumah lagi. Penat weh. Bab kemas rumah jangan cakap lah, nak harap adik memang dia takkan buat. Pinggan bertimbun, baju tak sidai, berbakul baju tak lipat. Mak buat dari pagi sampai petang memang hadap phone. Scroll je facebook tu, kalau dah habis dia scroll ke atas pulak. Terdetik kadang2 dalam hati nak suruh mark delete facebook. Biar facebook takde dah supaya mak aku kurangkan main fon. Kesian dekat abah, sebab abah kerja jauh, jarang balik. Tapi bila abah balik mak main fon je. Tak layan abah pun. Nampak lah muka sedih abah tu,Tapi bila mak tak layan abah, abah pun end up main fon. Hm. Tak best lah. Aku tak suka semua main fon. Senyap je, sampai duduk sebelah pun cakap pakai ws.

Berbalik ke sikap biased mak, mak suka belikan adik macam2 sampai adik naik lemak. Bukan gemok, tapi dimanjakan. Nak apa2 semua dapat. Bila tak dapat, nangis la, muncung, pastu mak kesian bagi jugak. Seronok lah dia muncung bila nak benda. Macam2 benda useless kat rumah tu. Asyik buang duit je dekat benda tak perlu. Bag sekolah nak dekat sepuluh, pensil box berbelas, color pencil sampai 4 set, tapi last2 semua barang tu campak merata pastu mengadu kata hilang. Mak pun apa lagi, belilah baru. Aku banyak kali dah marah dia. Tapi tak jalan. Ada orang backup. Aku ni, beg sekolah pun pakai 2 tahun punya. Pencil box beli dekat kedai semua barang seringgit tu. Baju sekolah pun recycled kakak punya, memang kusam. Memang yang tak kenal aku tu nampak aku ni orang susah. Adik aku punya baju sekolah mak aku sental setiap hari, Clorox kan, letak nila. Ye aku pun boleh buat tapi korang agak2 aku ada masa ke? Masuk mesin lah apa lagi. Tapi aku tak faham dengan mak aku, kenapa kena sental setiap hari? Masuk lah mesin. Tapi dia sayang weh adik aku. Nak bagi nampak baju baru setiap hari. Bayangkanlah nak sental empat helai baju nak bagi nampak baru. Kesian mak, gigih betul.

Aku rasa aku ni spoiled child ah. Dengan belajar tak pandai. Solat pun on off. Tak rajin macam kakak2. Aku tak macam adik, sekolah banyak ponteng pun boleh banggakan mak, dapat no 1 setiap exam. Aku ni dah la selalu failed. Kelas depan tapi bodoh. Belajar macam mana pun tak jalan. Takde berkat kot? Orang selalu kata salam parents pagi2 sebelum pegi sekolah nak dapat redha dan berkat. Macam mana nak salam kalau cara mak hulur tangan tu pun nampak sangat tak suka. Bila aku cium dia tarik cepat2. Macam yang aku kata tadi, kadang2 rasa duduk rumah bujang. Sebab mak 6.30 dah keluar hantar adik, aku masak breakfast sendiri, keluar rumah pun kunci sendiri. Beza lah dengan ateh dulu. Ateh dulu setiap pagi ada breakfast, pastu kalau keluar otw sekolah pun mak akan tengok ateh sampai ateh hilang dari pandangan. Kalau adik tak sekolah, mak memang kuncikan pintu. Aku saje test nak tengok mak usya tak aku sampai hilang. Tapi takpun. Aku baru duduk nak pakai kasut mak dah tutup pintu. Tersentap jugak lah sehari tu.

Ada satu hari tu aku taktahan sangat. Aku pegi kaunseling. Burst out depan cikgu tu. Stress sangat weh. Tahun ni dah la SPM, aku perlukan sangat berkat mak, redha mak tu. Aku sedih mak buat aku macam ni. Aku rindu kasih sayang mak. Mana mak yang dulu?

Acik rindu mak.

Acik Stoned

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *