Restu

Posted on

Restu

Selamat hari raya semua!!

Nak kongsi satu cerita pasal RESTU.

alkisah bermula, aku datang raya rumah nenek aku di kampung melayu majidi. Seperti biasa ahli keluarga akan kumpul, begitu juga la kaum wanita yang digelar mak cik saudara. Ibu aku sibuk bertanya tentang seorang perempuan misteri ini sebab dia tak kenal dan perempuan ini suka berbual dengan adik saudara aku.

Aku letakkan gelaran nama mak cik saudara aku ni cik A dan anak dia nama S.

Masa lepas habis makan, si S pun salam semua sebab kata nak balik kampung mertua dia lak. Aku dengan ayah aku terpinga la lepas tu kami tanya la abang si S ( si F).

Eh, adik dah kahwin ke? Tak jemput pun, kata ayah aku.

Bila dia kahwin? Tanya aku. Sebab bila fikir balik, si S tak pernah pula bawa isteri dia raya tahun lepas. Mungkin tahun ini mereka kahwin.

Si F, abang si S terpinga nak jawab. Eh, rasa dalam tahun ni. Awal tahun, tak sure la.

Disebabkan aku da biasa tengok detective conan dgn sherlock. Dalam ayat dia, ada nada tak pasti walhal adik dia. Mesti la dia tahu kan?

Berbalik cik A aka mak depa. Terdengar la mak aku gosip dengan cik A. First, aku nak cakap aku bukan busybody, disebabkan mereka berbual sebelah aku dgn adik tengah makan. So kira TERDENGAR la.

Kak tak jemput si S kahwin. Mak aku mulakan dengan ayat permulaan gosip

Malas aku nak ckp, isteri dia pun aku tak nak tegur. Kata cik A.

Datang seorang mak saudara ak, masuk. Haah, aku pun baru perasan tu isteri dia. Sebab dgr die panggil si S ni abang.

Lama cucuk mencucuk. Buka la satu cerita. Si S ni berkahwin tanpa restunye mak dia. Cik A cerita la awal si S ni kenal isteri.

Sebelum mereka kahwin, si S ni bagitahu la mak dia pasal dia berminat seorang perempuan ni. Mak dia cakap la hah, bawak la datang ke rumah. Boleh kenal.

Tapi mak, sebenarnya S dah kahwin da dengan orang tu.

Cik A punya terkejut. Biasalah macam cerita melayu. Si mak akan marah atas sebab tertentu 1) tak berbincang 2) tak mohon restu 3) rahsiakan dari keluarga

Berderau cik A. Apa punya anak, tak bincang dengan keluarga.

Tidak lama lepas tu, si S bawalah isteri dia jumpa keluarga. Cik A tak berkenan. Reason dia aku tak tahu, ye la maybe naluri cik A sebagai ibu, menantu dia bukan dari keluarga yang baik.

Cik A marah si S, Aku x restu, dengan perempuan ini kau nak kahwin. Dari gaya pun, aku tak suka.

Kenapa? Dia ok la mak. Lagipun kami da kahwin.

Aku tak suka, kalau kau nak sangat, bawa bini kau ni berambus

Argument berlaku secara continously. Masa ini aku tak dengar sangat sebab ada anak jiran minta duit raya. Berambus, aku tak kerja lagi.

Tapi apa yang jelingan mata aku nampak, cara cik A ni terang dengan tangan. Aku rasa ada fizikal contact antara cik A, si S, bini si S dan si F.

Ni olahan aku kalau ikut apa yang aku nampak dari bahasa tangan cik A. Al maklumla selalu tengok berita tv1. Cik A lempang bini si S maybe bini si S ada keluarkan kata kesat.

Mak aku pun tak pernah lempang aku, berani kau pula ujar bini S.

Disebabkan amarah melihatkan bini dikasari, si S berkasar dengan cik A. *cekik leher dan tolak ke dinding* Masa ni aku nampak cik A terang dan tolak tangan dia ke dinding so aku assume camtu la.

Si F yang baru balik dari kerja, ternampak la adegan adik dia cekik mak dia. Dia pukul adik guna batang besi almari sampai adik dia tu lari sembunyi di dapur.

Suami cik A merangkap kepada ayah si S dan si F, aku nak kau keluar bawa bini kau ni, kalau betul, aku nak kau duduk rumah lain, cari kerja asalkan kau dengan bini kau bahagia.

Si S keluar la dari rumah itu. Cik A sambung bulan 9 adegan itu jadi, bulan 10, si S ditimpa kemalangan. Tangan dan kaki yang kasari itu la yang cedera. Sehingga kaki terpaksa masuk besi dari bawah lutut ke tumit.

Sepeninggalan si S berlalu dr rumah nenek aku, kami tak nampak si S dan bini salam mak dia.

Selepas beraya, ibu aku kata bagaimana acuan, begitula bentuknya Masa anak-anak dia kecil lagi, cik A ni selalu menegur anak dia dengan kata kesat. Jarang cik A ambil berat tentang anak dia. Tambah ibuku.

Dulu kami berjiran. Rumah kayu penuh lopong apa yang jiran buat, even bergaduh pun kami boleh dengar. Begitula kisah Restu.

The End

P/s: kalau ada kisah lg, aku titipkan di sini lg. Inshaallah

Zuhaili

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *