Resepi Kuih Lompang

Posted on

Bahan-bahan :

  • 1 1/2 cawan tepung beras (cap 3 gajah)
  • 1 sudu besar tepung ubi kayu
  • 1 sudu kecil air kapur
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir (kalo x nk manis sgt…boleh kurangkn lg)
  • 2 cawan air
  • 3 helai daun pandan

Hiasan di atas lompang :

  • Kelapa parut yang putih
  • secubit garam halus
  • 1 helai daun pandan
    *gaul rata kelapa parut dan garam, kukus bersama daun pandan sekejap

Cara masak :

  1. Satukan gula merah, gula pasir serta 1 cawan air. Masak bersama daun pandan hingga gula larut. Tapis dan sejukkan.
  2. Satukan tepung beras, tepung ubi kayu, air kapur dan 1 cawan air. Gaul sebati. Masukkan air gula yang disejukkan tadi dan kacau lagi hingga sebati semuanya.
  3. Panaskan periuk kukusan. Sendukkan bancuhan ke dalam acuan lompang dan kukus selama 10 minit atau pun sehingga masak.Pastikan air kukusan dh betul2 menggelegak dan gunakan api yg sederhana
  4. Angkat kuih lompang yang telah masak dan rendam separuh tenggelam dalam air biasa. Tujuannya supaya cepat sejuk dan mudah mengeluarkan lompang dari acuan.
  5. Keluarkan lompang dari acuan dengan menggunakan hujung sudu secara berhati-hati. Letakkan kelapa parut di atasnya.

* Sapu acuan lompang dengan sedikit minyak dan kukus sekejap acuan tersebut… sebelum memasukkan adunan supaya senang tanggal dari acuan.

Selamat mencuba semua.

Sumber: Mari Berkongsi

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *