Resepi Cucur Udang Rangup

Posted on

Resepi ini telah dikongsikan di Laman FB Resepi Memikat Keluarga.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh instant yis
  • 2 cawan air suam panas
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh garam halus
  • Sedikit serbuk dkunyit
  • Segenggam taugeh
  • 10 helai daun kucai di potong memanjang
  • Carot di sagat
  • 1 biji cili merah di hiris nipis.

Cara-cara:

  1. Ayak tepung dan campur semua bahan dan gaul sebati. .perap 1/2 jam.
  2. Panaskan senduk yg hendak di gunakan….letak adunan dalam senduk dan letak udang seekor..agak dah tak melekat di senduk keluarkan..goreng hingga garing…toskan minyak…

Untuk membuat sos pula, ini bahan yang perlu ada:

  • 5 batang lada merah
  • 6-7 biji cili padi
  • 2 biji bawang putih
  • 1/2 cawan sos cili
  • 4 cawan air
  • air asam jawa
  • Garam gula secukup rasa..

Blender semua bahan dan masak hingga mendidih…bancuh tepung jagung dgn air sikit ikut kepekatan yg anda suka. Kacau sebati …tutup api dan siap. Boleh dihidangkan bersama cucur yang masih panas tu. Selamat mencuba.

Kredit resepi : Izzat Mustaffa

Share dan tag kawan-kawan ye.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *