Raya Untuk Para Gemuk

Posted on

Raya Untuk Para Gemuk

Assalamualaikumm! Hehehe. Thanks admin kalau siarkan confession ku inihh. Tengok tajuk bunyinya macam nak keluh kesah nasib jadi gemuk kan?

Tak lah! Jangan risau. Ni nak kongsi je cara hadapi detik-detik di hari raya buat semua yang makin gemok, sedang gemok, memang gemok atau kurus wannabe tapi tak kurus-kurus! Hahaha.

Perasan tak, kita ni sebenarnya tak kisah pun gemok macam ni, selesa lagi. Yang jadi tetibe insecure tu sebab orang dok tegur. Lagi-lagi hari raya, kan?

Nanti percaya la mesti masa bersalaman ke bertandang ke rumah-rumah orang ke, kita ni elok la kasi senyuman paling manis kt depa, tapi depa ni, ada je puak2 yg mulut takde insurans sibuk menegur lemak-lemak kita ni hah.

Ok first, mental korang jangan koyak lagi. Ko baca je apa aku nak ajar ni dulu. Ni aku sediakan cara respons atau cara manage kekoyakan mental korang bila berhadapan dengan soalan-soalan meminta penampar herot ni:

1) Teguran pedas Eh makin gemuk laaaa, Kenapa makin gemuk niii?

Cadangan aku, kau senyum je ala-ala mak jemah sambil buat muka diva gitu, well ai makin bahagia niiii.

Cakap la kerja ko tengah helok ke, dah ada orang angau kat ko ke, duit tengah berkepuk ke, happy dapat sambung blaja ke kan. Punca-punca bahagia ha gitu.

Kalau depa diam tu bagus. Kalau depa siap lawan lagi muda-muda dah gemok ni tak lawa la atau nanti banyak penyakit taktau ye blablabla

Kau humban je dia masuk parit. Hehe tak tak tak, gurau. Bila depa cakap part gemok tak lawa tu ko cakap je,

Alah bagi chance kat awak dulu yunk. Ai tengah enjoy dulu. Kang kita kurus tenggelam pulak awak kan. Jangan main2 orang gemok jadi kurus ni, lagi lawa dari orang biasa tau.

Haaa gitu.

Kalau kau baik sikit kau cakap gini,

YOLO, yunk. You Live Only Once! Time gemok ni la boleh makan macam2 tak payah diet, karang dah kurus susah pulak ai nak makan macam2 kena jaga figure.

Pasal penyakit tu pandai2 ko tepik cemane. Memang ada point pun gemuk ni sangkut paut penyakit. So ko kena rajin2 la makan buah, minum air masak banyak2 nak balance balik segala fats tu.

Then ko back up la diri ko yg ko still ambik kisah kesihatan dan makan buah minum air masak etc. Cuma badan je gemok sementara. SEMENTARA.

2) Tak kurus-kurus lagi ko? Atau Eh gemok lagi ko ni?

Jujurnya orang cuma tegur camni bila ko penah kata ko nak kurus tapi tak kurus-kurus, atau dulu ko penah kurus.

Yang dah berdekad-dekad gemok ni jarang la orang nak tegur, dah memang badan gitu orang tak heran.

Bila jadi camni, jawab gini,

Belum rezeki nak kurus macam awak lagi yunk, tengah selesa this way. Tak apa yunk kalau ai nak kurus bila2 pun ai boleh kurus kalau ai nak, ni belum nak lagi, sedap boleh makan macam-macam

Atau,

Ai tak pikir apa dah skarang, tengah syok kumpul duit yunk.. dengan stress kat tempat keje lagi, memang banyak makan la. Bila dapat gaji, duit kepuk, bahagia, makan lagi. Hahahaha

Sambil tu hulur duit kat dia kengkonon duit raya. Terkebil-kebil la dia kat situ.

3) Ko lagi cantik kot bila kurus

Kalau kau masih single, kau jawab je,

Tak apa, tengah carik jodoh tak pandang rupa ni. Nanti nak kawin baru la kuruskan badan, cantik-cantik, biar rugi semorang yang memilih tu.

Kalau kau dah berpunya,

Eh tapi kesayangan ai nampak tau kecantikan ai walaupun ai gemok macam ni. Bayangkan kalau ai kurus lagi cantik la ai di mata dia.

Kalau ko hati kering,

Memang betul pun ai kurus lagi cantik, tapi ai gemok gini pun dah cantik-menarik-tertarik-kau-memang-da-bomb ni, tak boleh buat apa lah hahaha

Gitu.

Buat je style diva2 korang, jangan la tunjuk sangat korang koyak. Ko buat2 macam mak jemah, macam sajat gitu ko bebel2. Lama2 org nak membahan jadi tak sampai hati sebab lawak sangat hahaha.

Aku pun penah gemok gak, tapi sekarang dah kurus ler hehe. Tu pun dah bertahun2 punya azam baru la tercapai.

Dulu mcm ni la aku hadap, nenek aku, bapak aku, semua duk tegur lemak-lemak aku ni. Kengkadang aku selamba betah balik bila bapak aku membahan,

Seriously, dad, are you designed to make your own daughter feel worse?

Nanti dia serba salah. Tapi ada jugak masa dia ego tu dia kata Own it, kid. You are fat.

Aku betah balik, well this fat is your daughter,

Pastu dia senyap. Paling2 pun dia geleng kepala. Haha memang tak la aku nak bagi dia menang. Sama la macam nenek aku, sibuk bandingkan badan aku dengan kazen2 yg lain, depa lagi cantik la lagi lawa pakai pape la, aku dengan hati keringnya cakap,

Ala nek cantik2 diorg pun cucu nenek yang niiii jugak jadi penyeri suasana. Diorang krik krik je. Cucu nenek ni jugak yang peramah tau. Semua orang suka!

Aku highlight kan kelebihan aku. Nenek aku pun ketawa lepas tu. So kalau ada family member gigih cakap pasal fizikal ko, ko balas la balik dengan kelebihan ko. Cakap ko rajin tolong dapur ke, ko masak sedap ke, pandai make up ke, comel ke. Tapi jangan nampak desperate sangat, cakap santai2 funny je.

Dan lastly, walaupun ko gemok, jangan sesekali jatuhkan self esteem ko. Mentang2 gemok ko pegi bergaya ala kadar je kan. Muka pucat skema2 gitu.

Eh jangan laaa. Tonjolkan la jugak diri ko tuuuu. Ni raya, kot?

Wear the best dress you can, buat OOTD (tapi make sure tutup aurat la). Bukak je tutorial make up, pakai foundation, concealer, bedak, eye shadow, blusher, lip balm, lip matte, you name it!

Kalau tak ada make up, bukak tutorial tudung, pakai style yang cantik2. Serlahkan diri mu!

Dan akhirnya, be confident, ramah2kan diri!

Kalau orang lain lebih cantik dari kau dari segi fizikal, kau cantikkan diri kau kat bahagian lain pulak. Banyak happykan budak2 ke, cook for people, bagi duit raya kat anak2 orang, be the friendliest person in the house, you name it.

Make yourself feel better! Sampai kau rasa worth it dan worth to be insecured by people who are physically better than you!

Dan kalau betul ko nak kurus lepas ni, dont tell the world about it. Buat biasa je sampai raya tahun depan, tahu-tahu je dah kurus. Memang orang akan tabik. Yang buat masalah bila ko bagitau orang yg ko nak kurus tapi tak menjadi. Memang la orang bising.

Tapi takpe, tips are given kat atas tu, ko ikut je sementara lemak-lemak masih diternak. Hahaha.

Yang penting, bagi senyuman paling maniiiiiis je raya tahun ni. Yg best, ko boleh nikmati macam2 makanan sementara badan tengah lebar. Karang dah start dietttt, humphh. Kirim salam ler rendang, lemang semua tu. Silap2 nasik pun ko taknak makan. So enjoy while youre having your chubby time!

Goodluck gais! Jangan mental jangan koyakkk. Kita semua berhak utk beraya sakan. Stay awesomeeee!

Mek Yong

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *