Rampas 101 tenggiling ke Malaysia

Posted on

Pekanbaru (Indonesia): Pihak berkuasa merampas 101 tenggiling hidup dalam serbuan terhadap bot nelayan di pesisiran Sumatra dengan rampasan dianggarkan bernilai AS$1.5 juta (RM6.4 juta).

Dalam satu kenyataan, tentera lautnya berkata, pihak berkuasa mendapat maklumat penduduk tempatan yang melaporkan dua lelaki mahu menyeludup haiwan berkenaan ke Malaysia. Dua lelaki berusia 22 dan 25 tahun ditangkap selepas mengaku dibayar wang untuk membawa tenggiling berkenaan ke Malaysia.

Jika bersalah, mereka boleh dihukum penjara lima tahun atau didenda 100 juta rupiah (RM31,000).

Sementara itu, ketua agensi pemuliharaan tempatan, Mahfudz, berkata: “Kami menerima 101 tenggiling hidup yang dirampas tentera laut, kelmarin, tetapi empat mati.”

Tenggiling yang hidup akan dilepaskan ke taman negara berhampiran, katanya.

Daging tenggiling amat popular di China manakala sisiknya kadangkala digunakan dalam penghasilan methamphetamine. – AFP

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *