Rakaman Video Lelaki Gian Buat Aksi Memalukan Di Tempat Awam Kini jadi Tular Di Media Sosial

Posted on

SABAH – Seorang lelaki tanpa segan silu yang ingin melepaskan hajatnya sambil menggoncang alat sulitnya berdekatan dengan kenderaan milik seorang wanita. Tindakan lelaki terbabit seolah disengajakan dan berharap agar wanita itu melihatnya melakukan perkara berkenaan, lapor laman Borneo.

Rakaman video yang berdurasi 12 saat itu dipercayai berlaku di Plaza 333 dan dirakamkan oleh seorang wanita ketika ingin memandu keretanya dan secara tiba-tiba lelaki berkenaan kelihatan sedang melakukan perbuatan itu di tepi kereta wanita berkenaan.

Kerana ketakutan wanita berkenaan mengambil keputusan untuk merakamkan perlakuan lelaki berkenaan. Apabila menyedari perbuatannya dirakamkan oleh wanita itu, lelaki berkenaan terus menyarung semula seluarnya dan terus berlalu dari tempat kejadian.

Difahamkan, sebelum kejadian itu berlaku, lelaki berkenaan sebenar telah pun memerhatikan wanita itu dari tingkat atas kompleks tersebut dan apabila wanita itu memasuki ke dalam kereta dia mengekori dari belakang kereta lalu berbuat demikian.

Baca: Lelaki Gosok Kemaluan Di Tempat Letak Kereta

Rata-rata netizen yang menonton rakaman berkenaan menyifatkan tindakan lelaki itu sebagai gila dan tidak bertanggungjawab. Lelaki tersebut sepatutnya tidak berbuat demikian di tempat awam sebaliknya boleh melakukan di tempat tertutup seperti di rumahnya, kata netizen.
Baru-baru kejadian serupa juga berlaku di sebuah kompleks membeli belah di Sabah dan video berkenaan telah jadi tular di media sosial. – Koleksi Viral

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *