‘Qaiyum…tolong kami’

Posted on

Batu Pahat: Meskipun lebih empat tahun peristiwa berdarah di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah sudah berlalu namun ia meninggalkan kenangan yang sukar dilupakan rakyat Malaysia.

Apatah lagi bagi anggota pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pasukan elit komando VAT 69 yang menjadi barisan hadapan pertempuran itu.

Insiden pada 1 Mac 2013 itu menyaksikan dua anggota komando VAT 69 terbunuh manakala tiga lagi cedera ditembak.

Selain itu, enam anggota cawangan khas mati diserang hendap ketika operasi di Kampung Srijaya, Simunul, Semporna, pada keesokannya.

Kejadian berpunca daripada pencerobohan pengganas Sulu pada awal Februari 2013 yang memaksa pasukan keselamatan melancarkan Op Sulu bagi meminta mereka keluar disusuli Op Daulat bermula pada 5 Mac tahun berkenaan.

Penulis baru-baru ini berkesempatan bertemu seorang daripada Wira Lahad Datu itu, Komando VAT 69, Koperal Mohd Qaiyum A’iqal Zolkipli, 26 di rumahnya di Kampung Sungai Kelichap, di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *