Puding Marble Lazat

Posted on

Bahan-bahan :

37 gm agar-agar tali

6 gelas air (1300 ml)

2 1/2 gelas gula pasir ( 470gm)

4 biji telur

1/2 cawan tepung jagung

1 1/2 tin susu cair (IDEAL)

2 sudu besar marjerin

1/2 cawan serbuk koko (bancuh dgn sedikit air)

1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara nya :

1. Masak agar-agar dengan air.

2. Pukul telur sampai kembang, masukkan tepung jagung ke dalam telur, pukul lg hingga sebati.

3. Masukkan susu cair dan esen vanilla, pukul sebati.

4. Apabila agar-agar td sudah hancur masukkan gula. Bila hancur tapis kan ke dalam periuk. Kemudian jerang balik ke atas dapur hingga mendidih. Masukkan adunan telur tadi (tapis dahulu adunan telur sewaktu menuang ke dlm agar-agar)

5. Kemudian kacau hingga mendidih dua tiga kali. Masuk marjerin dan kacau lagi.

6. Angkat dan bahagikan kepada dua bahagian. Satu masukkan koko dan kacau di atas api. satu bahagian lagi warna asal vanilla.

7. Apabila angkat tuang berselang seli di dalam loyang.

8. Boleh disimpan sejuk dalam peti ais.

kredit resepi: ‎Marina Mar Mawar

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *