Please Dont Kill Yourself

Posted on

Please Dont Kill Yourself

assalamualaikum n salam sejahtera. aku terpanggil untuk share something tentang depression. sebelum ni aku dah banyak kali submit confession tapi tak pernah disiarkan. aku harap admin approve confession kali ni. tapi kalau tak disiarkan pon takpe lah, at least admin baca.

aku salah seorang insan yang diuji dengan sakit depression / kemurungan. aku anggap sakit ni ujian dari Allah untuk aku. kita semua diberi ujian yang berlainan sesuai dengan kemampuan masing2. aku cuba sehabis positif untuk terima yang aku depress. pada mulanya aku susah nak terima yang aku ada depression sebab rasa sakit depress tu terlalu sakit, pedih untuk ditanggung. hanya orang yang pernah alami depression je yang boleh faham keadaan orang depress.

tanda-tanda untuk tahu yg seorang tu mengalami depression antaranya, sedih yang berpanjangan, rasa diri tak guna, mudah putuh asa, kurang or terlebih makan, insomnia or terlebih tidur, cepat letih dan cubaan utk bunuh diri. kebanyakan kes bunuh diri berpunca daripada kemurungan yang tidak dirawat. ramai orang2 ternama atau artis yang bunuh diri sebab terlalu depress. sedih kan?

even aku sendiri tak terlepas daripada berfikir untuk menamatkan riwayat sendiri. astaghfirullah. nasib baik masih ada secebis iman dalam diri aku yang prevent diri aku daripada buat perkara tu. Allah masih sayangkan aku. Allah nak aku kembali kepada-Nya. aku rasa berdosa sangat bila teringat yang aku pernah ada suicidal thought. aku pernah terbaca somewhere even kita berfikir untuk bunuh diri pon sebenarnya dah berdosa apatah lagi kalau kita betul2 buat. nauzubillah. semoga kita dijauhkan daripada perkara tersebut.

tapi bagi pesakit depression, dorang terlalu sedih sampai tak boleh berfikir dengan waras. yang dorang tau, dorang cuma nak akhiri kesakitan diorang tu dengan behenti hidup. bagi dorang kehidupan ni adalah satu benda yang terlalu menyakitkan dan kematian adalah solution untuk kesakitan yang diorang alami selama ni. sebab tu lah, bila seseorang mengadu yang dia dah penat hidup or dia rasa nak bunuh diri, tolonglah, tolong sangat2 bawak pesakit tu pergi jumpa pakar psikiatri. dan tolong, tolong sangat2 jangan meremehkan kata2 pesakit tu. percayalah, kita boleh prevent kes bunuh diri ni daripada berlaku.

kebanyakan orang kita ni masih mempunyai stigma terhadap depression. ada yang menganggap orang depress ni jauh dari tuhan, kurang berzikir, kurang solat. sejujurnya aku tak berapa setuju dengan stigma ni. depression ni dia tak pilih orang untuk menyerang. kadang2 tu orang yang rajin solat pon boleh kena sakit depress ni. depress ni was like u cant feel happiness, u just can feel sad and empty almost of the time. paham tak? if tak paham its okay. at least tuhan tak tarik lagi nikmat rasa bahagia tu dari kau. syukur kau tak diuji dengan sakit ni dan harap kau takkan kena sakit ni sebab kau takkan dapat bayangkan betapa pedihnya orang yang mengalami depression ni.

dan kepada pesakit depression, aku cuma nak korang tolonglah diri korang. tolong sangat2 jangan bunuh diri korang. tolonglah percaya yang sakit korang tu boleh diubati. dan tolonglah percaya kematian bukan jawapan kepada kesakitan yang korang alami. percayalah, ada sebab kenapa tuhan letakkan kau dengan ujian depression, sebab tuhan tahu kau boleh dan kuat untuk hadapinya. dan kau kena sedar, depression ni mungkin adalah wake up call untuk korang kembali kepada-Nya. tak kira lah kau muslim or non-muslim. kau kena yakin depression ni ada ubatnya.

aku tahu, kita akan jadi sangat3 down bila kita depress. kita rasa dunia ni gelap sangat dan takde makna untuk kita terus hidup sbb waktu tu kita rasa life is so painful. but, believe me, death is more painful. dan tolong ingat satu perkara, yang kita takde hak langsung untuk ambil nyawa sendiri. hanya pencipta kita saja yang berhak ambil nyawa kita. dan nyawa kita ni adalah pinjaman dari Dia. jadi, tolong jaga baik2 pinjaman nyawa kita ni.

kepada masyarakat, tolong hentikan stigma terhadap depression ni. dan tolong jangan hembus orang depression yang terpikir untuk bunuh diri or yang betul2 dah bunuh diri. kau tak tahu betapa sakitnya jiwa dan hati mereka sampai mereka tak boleh berfikir waras lagi. dan lagi sekali kepada pesakit depression, please dont ever kill yourself. percayalah, nyawa anda sangat2 berharga. please seek for profesional help if youre depressed. everything will be fine. maybe not today or tomorrow but itll be fine one day inshaallah.

abcdepression

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *