Pihak ketiga punca katanya

Posted on

TIGA wanita maut dalam kemalangan di Kilometer 56.8 Jalan Kuala Kangsar-Gerik, dekat Kampung Air Kala, Lenggong, pada petang Sabtu.

Mereka adalah Wong Mee Lai, 47; Foke Yoke Wah, 25 dan Woke Mei Yong, 44, dan kesemuanya berasal dari Ipoh.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superitendan Ismail Che Isa, berkata kemalangan berlaku pada 4.30 petang.

Katanya, ia membabitkan tiga kenderaan iaitu Proton Exora, Perodua Myvi dan Kia Spectra serta membabitkan 12 mangsa dengan tiga daripadanya maut di lokasi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati Myvi dinaiki lima wanita dari arah Gerik ke Kuala Kangsar.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, Kia Spectra dipercayai melanggar belakang kereta terbabit hingga menyebabkan pemandu Myvi hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

“Exora yang dari arah bertentangan gagal mengelak dan bertembung dengan Myvi.

“Akibat pertembungan itu, dua penumpang Myvi tercampak keluar kereta dan maut di lokasi kejadian manakala pemandu dan seorang penumpangnya parah.

“Exora itu pula dinaiki lima sekeluarga membabitkan suami isteri dan tiga anak lelaki mereka. Penumpang hadapan iaitu isteri agak parah.

“Dua lelaki iaitu pemandu dan seorang penumpang Kia tidak cedera,” katanya ketika dihubungi.

Ismail berkata, mangsa yang parah menaiki Myvi adalah Chong Yah Wen, 23 (pemandu) dan Wong Mei, 56, penumpang depan.

“Pemandu Exora, Saiful Haslim Toat, 35, bersama tiga anak lelakinya Muhammad Danial Mirza, 7 bulan; Muhammad Danial Iman, 7 tahun, dan Muhammad Danial Farish, 5, tidak cedera.

“Isterinya, Roslina Othman, 35, yang ketika kejadian memangku anak bongsu mereka agak parah,” katanya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *