Perkhidmatan KTM stesen KL – Kepong beroperasi semula Isnin

Posted on

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi laluan antara Stesen Kuala Lumpur dan Kepong akan dibuka seperti biasa Isnin depan selepas mengalami gangguan sejak Isnin lepas berikutan insiden kegelinciran kargo.

KTMB dalam kenyataan hari ini berkata sehubungan itu, operasi tren KTM Komuter akan menggunakan satu landasan sahaja antara Stesen KL Sentral dan Kepong pada Sabtu dan Ahad manakala perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) pula akan beroperasi seperti biasa bagi semua laluan.

“Perkhidmatan KTM Komuter bagi laluan Batu Caves-Tampin/Pulau Sebang-Batu Caves akan beroperasi dengan kekerapan 45 minit manakala laluan Pelabuhan Klang-Tanjung Malim-Pelabuhan Klang akan beroperasi dengan kekerapan antara 30 minit hingga satu jam,” menurut kenyataan itu.

Isnin lepas, perkhidmatan KTM Komuter bagi kedua-dua laluan Batu Caves-Tampin/Pulau Sebang dan Pelabuhan Klang-Tanjung Malim mengalami gangguan berikutan sebuah tren kargo tergelincir di Km 386.900 iaitu di antara Stesen Kuala Lumpur dan Kepong.

Kejadian yang berlaku kira-kira 1.32 pagi itu menyebabkan satu daripada landasan tersebut terhalang.

Orang ramai boleh menghubungi pusat panggilan KTMB di talian 03-22671200 atau melayari www.ktmb.com.my, media sosial Facebook dan Twitter KTMB, untuk mendapatkan perkembangan terkini.

— BERNAMA

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *