Peritnya Nak Kurus

Posted on

Peritnya Nak Kurus

Hai semua. Thanks kalau admin sudi approve story I..

Firstly, please baca dgn hati yg terbuka. Yes, I tahu ramai akan cakap Ehh bersyukur laa. At least ko sihat I tersangat bersyukur. Tp salah ke I nak hidup I lebih baik?

Kadang2 org salah faham. Org nmpak org mcm kita nii tak bersyukur. Yela, tak kena btg hidung sendiri. Al maklum lah, ko tuu kan dah cantik.. Sedap lah mengata org, kan.. Bila kita cakap pasal diet je, org perli2 lah.. Org ketawa kan usaha kita. Ko pernah tahu ke, seteruk mana dia cuba usaha utk kurus? Ko pernah tahu ke, apa yg dia korbankan semata2 utk kurus?

Meh sini I cerita. Cerita tahun lepas.. I penah usaha utk kurus.. And. I berjaya!! Yeyy! Tapi.. Ada tapi nya.. I berjaya kurus, tp I tak berjaya maintain. Jalan cerita diet I panjang sangat.. Matlamat I nak kurus sbb masa tu nak raya. Mmg semangat dia lain macam beb. 2bulan I dapat turun 10kg.. I diet, I excercise/workout pagi ptg and malam.. Mmg I tak duduk diam. Makan mmg control 100% beb. Air 3liter sehari wajib! Makin hari makin kurus, siapa tak bahagia weh!! Berat makin turun, turun, and turun! Indah nya masa tu. Tapi masa bulan puasa berat mmg turun slow sikit. Kdg2 maintain je. Takpe, asalkan dia tak naik. Hehee.

Jeng jeng jeng, dah hari raya.. Nama pun raya. Masa tu dah tak ingat diet dah. Melantak selagi boleh. Diet2 blkg cerita. Seminggu berlalu. Kemudian, sebulan.. Kemudian 2bulan, dah lepas raya pun hati masih berat nak diet balik. Seberat lemak2 yg makin menimbun. Semangat nak kurus dah kelaut..

Dalam masa yg sama still on diet. Part nii mmg siksa jiwa raga. Bayangkan lah, you diet, tp you still nak makan apa yg you selalu mkn sblum2 nii. Teringin. Nafsu makan yg bertahun2 mustahil boleh hilang sekelip mata. Time tu mmg I sgt stress sbb I nak kurus tp I tak boleh kawal nafsu makan I.. Sedih sgt masa tu.. Smpai 1 tahap I dah tak lalu nak makan makanan diet I.. Selera dah takde. Bila tak lalu mkn, I selalu skip2 makan.. Tak pernah sedar pun bila skip2 makan tuu. Sbb takde rasa lapar. Tekak pun tak lalu. Tambah pulak masa tu I bgun tiap2 pagi pukul4 buat sandwich utk jual.. Tak sempat sarapan pun. Sbb I balik je terus tidur. Mata mengantok sgt..

Start dari situ, I dah jarang sarapan. Makan pun lewat2.. Sdgkan sblum nii I sgt sgt menjaga time makan I.. Makin hari, I dah rasa lain.. I dah mula rasa pedih perut.. Rasa nak muntah. Tp tak keluar ape pun. Rupa2 nya dlm badan byk angin. Kepala pening, asyik rasa nak muntah je. Lepas tu, I mula demam. I susah nak sakit, tp sekali I sakit, mmg teruk.. Masa I demam, mmg I pucat sgt. Selera takde, stress, sakit kepala, rasa serba tak kena. Emosi pun tak menentu masa tu.

Dalam I dok sakit tu pun, I nak cepat2 sembuh supaya I boleh diet. I nak kurus balik. Tapi nak diet apa nya. Selera pun takde masa tu. Now, I dah dapat gastrik pun. Tak boleh berlapar lebih dari 3/4jam.. Mulut asyik nak mengunyah je. Skrg I pun dh makin bam bam dah. I takut nak diet lagi. I takut I sakit..

Salah I jugak, niat I nak diet tu pun dah salah. Sepatutnya nak kurus utk sihat. Org tak nampak masa kita sakit. Sebenarnya disebabkan mulut org lah kita nak kurus. Kita tahu, layanan org dgn kita berbeza dgn org lain. I tak cakap semua mcmtu tau, cuma segelintir. Kita tahu, org cuma nak kawan dgn yg cantik je.. Betul, I penah rasa. I tak tipu. Ni pengalaman I sendiri.. I pernah rasa mcm mna org layan I.. Sdgkan I ada kawan yg cantik, yg kurus.. Beza sgt..

Disebabkan mulut org, kita nak buktikan yg kita pun mampu kurus. Sbb tu kita usaha. Tapi org tak nampak semua tu, org tak nampak kita sakit. Org tak nampak airmata kita. Org tahu mengata je.

Alhamdulillah, skrg I dah mula semangat balik, kurus sbb nak sihat. Dah mula control makan, makan yg sihat2.. Kurangkan manis, kurangkan masin,kurangkan yg berlemak.. Pedulikan apa org nak cakap. Biar lambat, asalkan kita usaha. One more thing I nak pesan kat sayang2 sekalian, please no shortcut utk kurus!! Please ikut rules yg betul, diet yg betul, yg sihat, and please excercise. Kalau malas sekali pun, jgn duduk diam. Bergerak2 lah sikit.. Jalan2 pusing taman ke, buat kerja rumah ke, turun naik tangga ke. Jangan malas2 okay! I ulang lagi sekali, biar lambat, asalkan ada usaha..

I tahu perasaan you. You pun teringin nak sihat, nak senang bergerak. Nak cantik, nak senang cari saiz baju, seluar. Rajin2 lah cari gambar2 sblum slps org2 yg dah kurus. Dunia skrg hujung jari je. Belambak2 body cantik2 yg you boleh buat you semangat. Trust me, kalau diorang boleh. Why not kita? Keep strong baby! You can do it!

Yg selalu kutuk2 and judge org tu, please lah respect each other. Kalau you tak boleh nak bantu, just bagi semangat. Itu lebih dari cukup. Jgn perlekehkan usaha dia, semangat dia. Dia pun ada hak utk yg terbaik dlm hidup dia. You tak kan pernah tahu mcm mna struggle nya dia nak dapatkan sesuatu utk hidup dia. Biarkan mereka dgn dunia mereka.

Just sharing based on my journey. Thanks for reading! 🙂

Jemah Cantik

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *