Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (9 Oktober)

Posted on
Tanggal 9 Oktober merupakan hari ke 282 (hari ke 283 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 83 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Sheikh Muszaphar Shukor

Sheikh Muszaphar Shukor.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Uganda (1962), Hari Hangul di Korea Selatan (1446) dan Hari Leif Erikson di Amerika Syarikat.

Peristiwa

1446 – Cendekiawan di istana Sejong Agung menyebarluaskan abjad Korea baharu, kini dikenali sebagai Hangul.

1514 – Adik Henry VIII dari England, Mary Tudor menjadi permaisuri Perancis.

1701 – Sekolah Berkolej Connecticut (kemudian dinamakan Universiti Yale) diberi piagam di Old Saybrook, Connecticut.

1831 – Ketua negara Greece Ioannis Kapodistrias dibunuh di Nafplio.

1874 – Kesatuan Pos Sedunia ditubuhkan dengan penandatanganan Perjanjian Bern.

1888 – Monumen Washington (gambar) di Washington, D.C., struktur tertinggi di dunia pada masa itu, dibuka secara rasmi kepada awam.

1942 – Perang Dunia Kedua: Angkatan Amerika Syarikat menewaskan Jepun di Pertempuran Matanikau Ketiga di Guadalcanal, Kepulauan Solomon.

1962 – Uganda mendapat kemerdekaan daripada United Kingdom, dengan Milton Obote sebagai Perdana Menteri.

1963 – Tanah runtuh menyesarkan air dari Empangan Vajont di utara Itali, menyebabkan banjir yang menghanyutkan beberapa kampung dan mengorbankan hampir 2,000 nyawa.

2007 – Angkasawan pertama Malaysia Sheikh Muszaphar Shukor berlepas ke ISS dari Kosmodrom Baikonur, Kazakhstan menaiki Soyuz TMA-11 pada 7.21 malam waktu tempatan (9.21 malam WPM).

2009 – Kapal angkasa lepas NASA LCROSS berjaya dalam misinya menghentam Bulan, dalam rangka mencari air.

2009 – Presiden Amerika Syarikat Barack Obama diumumkan sebagai penerima Hadiah Keamanan Nobel.

2012 – Aktivis kanak-kanak Pakistan Malala Yousafzai ditembak dalam cubaan bunuh oleh Taliban.

2016 – Tuan Guru Haji Hashim Jasin dilantik sebagai Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia, PAS menggantikan Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din .

Kelahiran

1547 – Miguel de Cervantes, seorang penulis novel Sepanyol

1942 – Shukri Ghanem, seorang Perdana Menteri Libya ke-23

1966 – David Cameron, seorang Perdana Menteri British.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (8 Oktober)

sumber: wikipedia

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *