Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (23 Oktober)

Posted on
Tanggal 23 Oktober merupakan hari ke 296 (hari ke 297 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 69 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

iPod 1st Generation

iPod 1st Generation.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Peringatan Chulalongkorn di Thailand, Hari Kebangsaan di Hungary (1956) dan Hari Mol.

Peristiwa

1911 – Kegunaan pertama pesawat aerodain dalam peperangan: seorang juruterbang Itali terbang dari Libya untuk meninjau barisan Turki semasa Perang Itali-Turki.

1956 – Revolusi Hungary menentang kerajaan dan pendudukan Soviet bermula di Budapest dengan tunjuk perasaan aman 20,000 orang.

1958 – Pelukis kartun Belgium Peyo memperkenalkan watak jalur komik baharu, Les Schtroumpfs.

1983 – Perang Saudara Lubnan: Pengebom berani mati memusnahkan dua berek di Beirut, Lubnan, mengorbankan 241 anggota tentera Amerika Syarikat dan 58 askar payung terjun Perancis yang merupakan sebahagian pasukan menjaga keamanan antarabangsa.

2001 – Pemain media mudah alih oleh Apple, iPod dilancarkan.

2002 – Pejuang Chechen menawan sebuah panggung di Moscow, dan menjadikan lebih 700 pengunjung dan penghibur sebagai tebusan dalam kemelut tebusan panggung Moscow.

2011 – Gempa bumi bermagnitud 7.2 melanda bandar Van, Turki, menyebabkan lebih 400 maut.

2011 – Presiden Argentina Cristina Fernández de Kirchner dipilih semula buat penggal kedua.

2012 – Amir Qatar Hamad bin Khalifa menjadi ketua negara pertama mengunjungi Gaza sejak Hamas berkuasa.

Kelahiran

1923 – Abdul Samad Idris, seorang Menteri Besar Negeri Sembilan ke-4

1966 – Tyler Mane, ahli gusti dan pelakon Kanada

Kematian

1973 – Za’ba – Cendekiawan Melayu

2011 – Marco Simoncelli – Pelumba motosikal Itali.

2010 – Perdana Menteri Barbados David Thompson.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (22 Oktober)

sumber: wikipedia

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *