Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (2 Oktober)

Posted on
Tarikh 2 Oktober merupakan hari ke 275 (hari ke 276 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan inggal 90 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

John Logie

John Logie Baird.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Guinea (1958), Gandhi Jayanti di India dan Hari Tanpa Kekerasan Antarabangsa.

Peristiwa

1187 – Pengepungan Baitulmuqaddis: Tentera Dinasti Ayubiyyah yang dipimpin Salahuddin al-Ayyubi menawan Baitulmuqaddis, memulakan Perang Salib Ketiga.

1535 – Penjelajah Perancis Jacques Cartier melayari Sungai Saint Lawrence dan tiba di sebuah kubu Iroquois di pulau yang kini dikenali sebagai Montréal.

1835 – Askar berkuda (dragoon) Mexico yang dihantar untuk melucutkan senjata peneroka di Gonzales, Texas mendapat tentangan hebat daripada militia Texas, pertempuran bersenjata pertama Revolusi Texas.

1925 – Pencipta Scotland John Logie Baird berjaya menghantar gambar televisyen pertama dengan imej skala kelabu.

1928 – Santo Josemaría Escrivá menubuhkan Opus Dei, sebuah pertubuhan pekerja sukarela gereja sedunia bagi Gereja Katolik Rom.

1950 – Jalur komik sindiket Peanuts oleh Charles M. Schulz diterbitkan buat pertama kali di akhbar utama.

1996 – Kegagalan pekerja penyenggaraan membuang pita yang menutup liang statik pesawat menyebabkan Penerbangan 603 Aeroperu (gambar) terhempas ke laut berhampiran Lima, Peru.

2006 – Presiden Zambia, Levy Mwanawasa dilantik menjadi presiden sekali lagi untuk musim kedua.

2007 – Jeneral Sonthi Boonyaratglin mendapat perkenan Raja Bhumibol Adulyadej menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri Thailand.

2009 – Rio de Janeiro, Brazil, dipilih oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 2016.

2010 – Dua kereta api bertembung di Jawa Tengah, Indonesia, mengorbankan 36 orang dan mencederakan lebih 50 lagi.

2011 – Lebih 700 peserta protes Wall Street ditahan kerana menghalang trafik di Bandar Raya New York.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (1 Oktober)

sumber: wikipedia

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *