Perempuan Cina Tunjuk Lagak Diburu Polis.

Posted on

Polis kini berusaha mengesan pemilik akaun Facebook (FB), Anna Ong Iye Lung kerana mengeluarkan kenyataan menghina umat Islam ketika mengulas insiden pergaduhan di Masjid Austin

Polis kini berusaha mengesan pemilik akaun Facebook (FB), Anna Ong Iye Lung kerana mengeluarkan kenyataan menghina umat Islam ketika mengulas insiden pergaduhan di Masjid Austin Perdana, Taman Austin Perdana di sini, kelmarin.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, polis kini menjalankan siasatan berhubung kenyataan dikeluarkan wanita berkenaan dan akan mengambil tindakan sewajarnya.
“Kita akan ambil tindakan terhadap Anna sekiranya dia didapati menyalahgunakan media sosial.
“Kalau dia mendakwa laman sosialnya itu diceroboh, kita akan jalankan siasatan.
“Bagaimanapun, sekiranya betul ia keluar daripada dia sendiri, kita akan ambil tindakan tegas,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Perjumpaan Persatuan Pesara Polis Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini.
Status FB itu mula tular di laman sosial hingga menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh negara termasuk Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas wanita itu.
Bagaimanapun, akaun berkenaan dipercayai dipadam tidak lama kemudian selepas menerima pelbagai kritikan netizen.
Kelmarin, beberapa jemaah surau berkenaan bergaduh dengan pemandu Toyota Camry kerana membunyikan hon panjang ketika solat Jumaat hingga mengganggu ketenteraman.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *