Penyangak kecil main api

Posted on

Johor Bahru: Dua remaja bukan saja mengumpil pintu, malah turut membakar mesin tukar wang kedai dobi layan diri di Kampung Melayu Majidee, di sini, dalam cubaan merompak premis berkenaan yang tular menerusi laman sosial Facebook sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, kejadian jam 5 pagi kelmarin itu disedari pemilik kedai dobi terbabit sejurus menerima panggilan daripada pelanggannya.

“Pada jam 5 pagi, ketika mangsa berada di rumahnya di Kuarters Masjid Kampung Melayu Majidee, dia menerima panggilan daripada pelanggan memberitahu mesin tukar wang kedai dobinya di Jalan Masjid Kampung Melayu Majidee dibakar.

“Mangsa bergegas ke premis itu dan meneliti rakaman kamera litar tertutup yang dipasang dan mendapati ada dua remaja lingkungan usia 13 tahun cuba mengambil wang dari mesin berkenaan namun gagal,” katanya, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *