Pengurusan Wang

Posted on

Pengurusan Wang

Assalamualaikum. Terima kasih sekali lagi admin kalau menyiarkan post ini. Ini merupakan post saya yang kedua, tetapi kali ini ingin berkongsi topik lain. Saya Asya, berumur 23tahun. Bekerja disalah sebuah bank disekitar kuala lumpur. Apa yang saya ingin kongsi disini walaupun pengalaman saya berkerja baru setahun jagung, ialah attitude kita terhadap hutang.

Hutang kita merupakan tanggungjawab kita. Tak kisahlah hutang belajar, hutang terhadap manusia, ataupun hutang rumah dan kenderaan. Sebelum kita berhutang kita kena pastikan dahulu diri kita mampu untuk membayar balik hutang tersebut. Apa yang saya lihat disini majoriti orang-orang yang sebaya saya sangatlah tidak takut untuk berhutang. Tidak dinafikan ada yang sanggup berhutang untuk berkahwin di usia muda tanpa membayar pinjaman PTPTN!

Bagi saya, kita membuat pinjaman pelajaran adalah untuk mendapatkan ilmu. Ilmu yang kita ada kita guna untuk mendapatkan pekerjaan. So gaji yang kita dapat kita kenalah guna untuk bayar balik pinjaman pelajaran kita. Bukan maksud saya tak bayar PTPTN tak boleh kahwin, tapi sekurang-kurangnya janganlah tak bayar langsung. Kita yang masih muda dan bujang lagi sepatutnya inilah masa untuk kita settlekan hutang-hutang kita semampu boleh, tolong keluarga kita. Hulur setiap bulan dekat mak ayah supaya berkat duit gaji kita.

Sejujurnya mak ayah saya selalu menolak jika setiap kali gaji saya hulur duit, mak cakap dekat kl ni banyak lagi saya nak guna duit. Ayah saya pula cakap duit gaji tu saya boleh simpan untuk sambung belajar saya nanti. Mak ayah saya merupakan guru, saya tahu gaji mereka berkali ganda lebih banyak daripada saya. Tambahan pula mereka duduk kat kampung. Tapi saya cakap duit tu saya hulur supaya berkat duit gaji yang saya dapat, walaupun jumlah sedikit tapi keberkatan yang saya cari. Dan alhamdulillah dengan gaji saya yang tidak seberapa ini still cukup untuk bayar pinjaman pelajaran Mara saya, bayar bulanan kereta dan minyak serta menampung makan minum saya.

Ada kalangan kawan-kawan sebaya saya yang baru mendapat pekerjaan tetap berlumba-lumba membeli kenderaan. Saya faham kenderaan di zaman sekarang ni merupakan keperluan, tapi berpada-padalah dengan kemampuan. Untuk apa sebenarnya nak menunjuk? Hebat dimata kawan-kawan dan semua orang tapi end up diri sendiri yang sampai tak makan sebab terlalu banyak sangat komitmen. Bagaimana nak tolong keluarga kalau diri sendiri pun dah tak tertanggung?

Pernah sampai satu tahap seorang kawan saya minta saya jadi penjamin untuk dia beli kereta. Then kereta yang dia nak tu pula lebih mahal dari kereta saya padahal gaji dia memang tak seberapa. Saya menolak dengan cara baik, sebab saya merupakan pekerja bank. Saya tahu berapa ramai yang blacklist disebabkan jadi penjamin orang lain. Dan kawan saya tu terus block saya kat semua laman sosial, dan kawan-kawan yang lain turut pulaukan saya. Bagi mereka saya lupa diri, dah kerja kat bank tak nak tolong kawan sendiri. Tapi mereka tak faham apa effect benda tu pada masa akan datang. Allahualam.

Kadang-kadang saya yang malu sendiri bila melihat kawan-kawan yang berhutang pada saya, tapi pada musim raya mampu beli baju kat zalora, minaz dan sebagainya. Bila saya tanya duit saya, belum gaji katanya. Tapi tak mengapa, saya belajar dari kesilapan. Kita dah besar, dah matang. Kena belajar urus kewangan sendiri. Kat tempat kerja juga saya selalu nasihat orang-orang yang lebih tua dari saya pasal pengurusan kewangan. Dan alhamdulillah nasihat saya diterima dan diguna pakai walaupun saya jauh lebih muda.

Kehidupan saya begitu sederhana, pakaian saya mengikut kemampuan saya. Tidak dinafikan saya masih muda, saya juga still enjoy tengok wayang dan sebagainya. Dan perempuan manalah yang tak rasa nak demam bila tangok SALE. Hahaha. Tapi saya akan pastikan setiap bulan simpanan saya ada, walaupun cuma rm100. Gaji yang banyak xde makna kalau simpanan kita tak ada. Dalam hidup ni banyak benda yang kita tak jangka nak berlaku, so kena adalah simpanan kecemasan sendiri.

Kesimpulannya, sekiranya kita berkemampuan dahulukanlah benda yang utama. Rezeki Allah sentiasa ada jika kita gunakan dijalan yang betul. Post saya ini hanya sekadar perkongsian dan untuk kesedaran, tidak berniat mengaibkan sesiapa. kita permudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita. Masih ramai adik-adik dibawah kita yang perlu pinjaman pelajaran, so tanggungjawab kita lah untuk membayar pinjaman yang pernah kita gunakan. Semoga Allah mengurniakan kita rezeki yang cukup untuk membayar semua hutang-hutang kita dan membantu keluarga kita. Amin.

Asya

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *