Pengendalian e-waste tanpa kaedah betul hasilkan keracunan

Posted on

SEREMBAN: Pembuangan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) yang tidak dikendalikan dengan kaedah yang betul akan menghasilkan keracunan yang boleh membahayakan kesihatan awam.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata justeru pihaknya ketika ini sedang mengadakan kajian bersama Japan International Cooperation Agency (JICA) mengenai pengendalian e-waste.

“Kita melihat e-waste ini sebagai satu benda yang bahaya macam telefon bimbit, jika kita buang begitu sahaja ia akan hasilkan keracunannya sendiri walaupun ia tidak kelihatan tetapi ia memang ada.

“Jadi ketika ini kita sedang adakan kajian dengan pihak JICA yang mana apabila kajian ini selesai kelak, pada penghujung tahun hadapan kita akan laksanakan dasar, perundangan serta sistem pengendalian e-waste yang lebih baik,” katanya kepada pemberita selepas majlis Perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Kebangsaan 2017 di sini, pada Sabtu.

Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Kebangsaan itu dirasmikan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata apabila dasar, perundangan dan sistem itu diperkenalkan dan dilaksanakan kelak, dijangka akan wujud industri pengumpulan e-waste.

“Setiap e-waste ini untuk dihaluskan ada nilai harganya, jadi saya harap akan datang akan ada pihak yang kumpul dan mereka akan pulangan duit sekaligus akan lebih banyak e-waste dikumpulkan.

Dalam perkembangan sama, Wan Junaidi berkata ketika ini pihaknya juga sedang membuat kajian mengenai sistem pengumpulan kereta-kereta buruk yang ada diseluruh negara.

“Pada masa sekarang ini kita mempunyai 8 juta kereta buruk yang kita ketahui dibuang di tempat simpan kereta, di bawah bangunan, belakang rumah, tempat kosong bahkan di tepi jalan.

“Kerana ini kajian sedang dibuat agar pengurusan kereta-kereta buruk ini lebih bersistematik,” katanya.

Pada majlis itu, Negeri Sembilan merekodkan jumlah pengumpulan e-waste terbanyak iaitu lebih 60 tan dan direkodkan dalam The Malaysia Book of Records.

–BERNAMA

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *